[Jawatan Kosong] IAB Pelawa Anda Untuk Mohon Jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48/DG52/DG54

Terkini!

Institut Aminuddin Baki mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan memenuhi syarat kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pensyarah

Anda boleh mendapatkan syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan seperti yang akan dikongsikan disini sebentar lagi.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Antara jawatan yang ditawarkan oleh Institut Aminuddin Baki untuk dipenuhi oleh mereka yang layak ialah:

  • Pensyarah Kanan Gred DG48
  • Pensyarah Kanan Gred DG52
  • Pensyarah Kanan Gred DG54

Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat permohonan anda dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada:

  • 17 September 2021

SYARAT KELAYAKAN JAWATAN PENSYARAH KANAN DG48/DG52/DG54

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki (IAB) ialah:

  • Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya di peringkat sarjana.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
  • Telah disahkan kenaikan pangkat atas Gred hakiki (pemangkuan) atau Gred DG48(KUP)/DG54 (KUP).
  • Purata markah LNPT untuk 3 tahun terakhir adalah  85% dan ke atas.
  • Bebas dari tindakan tatatertib.
  • Sihat tubuh badan.
  • Telah mengisytiharkan harta.
  • Bukan Peminjam Pendidikan Tegar dari Institusi Pinjaman Pendidikan.
  • Sedia berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di mana-mana Cawangan IAB.
  • Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh iklan ditutup.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, anda dikehendaki untuk mengemukakan dokumen wajib seperti berikut melalui emel:

  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Resume
  • Surat Pengesahan Perlantikan
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan
  • Surat Kenaikan Pangkat Terkini (pada gred semasa)
  • Kelulusan di peringkat Sarjana atau lebih tinggi
  • Salinan Buku Perkhidmatan (Maklumat perkhidmatan dan rekod cuti) yang disahkan.
  • Video Pengendalian Sesi Latihan Pengajaran berdurasi 15 minit

Hantar dokumen ini ke emel seperti berikut:

FORMAT VIDEO PENGENDALIAN SESI LATIHAN

Untuk pengetahuan anda, sesi temuduga pengambilan Pensyarah IAB akan dilaksanakan secara dalam talian.

Anda perlu menyediakan video pengendalian sesi latihan mengikut format seperti berikut:

  • Tempoh masa 15 minit
  • Format video: MP4/MOV/WMV/AVI
  • Tajuk Sesi Latihan: Bidang Pengurusan dan Kepimpinan
  • Video pengendalian sesi latihan dengan andaian panel yang duduk di hadapan adalah peserta kursus.
  • Video pengendalian sesi latihan selari dengan Pelan Penyampaian Latihan yang ditetapkan oleh IAB.
  • Penggunaan slaid dalam video dibenarkan dengan tidak melebihi 10 slaid.

Baca juga: Contoh Surat & Nota Serah Tugas Guru. Download Disini Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan jawatan Pensyarah di IAB sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di:

  • 06-797 9313/9410/9329
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.