Nak jugak kad ATM Maybank yang cantik dengan gunakan gambar sendiri!
Tetapi tak tahu pula cara nak buat untuk dapatkan kad ATM Maybank yang cantik menggunakan gambar sendiri seperti orang lain.
Sebenarnya senang je! Ikut 6 cara yang dikongsikan ni dan bolehla custom sendiri kad ATM Maybank anda tu!
SEJAK BILA BOLEH BUAT KAD ATM MAYBANK PAKAI GAMBAR SENDIRI?
Isi Kandungan
Kalau anda semua nak tahu, semua pelanggan Maybank boleh buat kad ATM dengan menggunakan gambar sendiri mulai:
- Tahun 2016
Jangan tunggu lagi dah, jomlah kita buat kad ATM Maybank dengan gambar yang lebih cantik.
Baca juga: Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM
6 CARA BUAT KAD ATM MAYBANK PAKAI GAMBAR SENDIRI
Dah bersedia ke nak buat kad ATM Maybank pakai gambar sendiri? Guna 6 cara ini saja confirm jadi!
1. Klik Link Ini
- Untuk membuat kad ATM Maybank ini, klik sahaja link ini:
- Kemudian Click Here
2. Accept
- Klik Accept untuk proses yang seterusnya.
- Pastikan gambar sendiri yang anda akan gunakan nanti menepati syarat yang ditetapkan iaitu:
a) Optimal image resolution: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
b) Gambar mesti menutup muka kad keseluruhan.
c) Format: jpg, png dan gif
d) Saiz maximum file: 10 MB
3. Masukkan Gambar
- Selepas itu, anda klik Use Custom Image untuk memasukkan gambar yang ingin diletakkan pada kad ATM Maybank anda.
4. Tukar & Pilih
- Kalau anda rasa nak tukar gambar yang lain, klik pada Choose Different Image dan klik pada gambar baru yang ingin dimasukkan pada kad ATM Maybank.
- Adjust sedikit gambar sebelum anda klik Finalize
5. Confirm
- Dah puas hati? Klik Submit untuk hantar permohonan anda.
6. Isi Maklumat
- Akhir sekali isi maklumat yang diperlukan seperti emel, nombor kad pengenalan dan cawangan Maybank yang akan anda ambil kad ATM Maybank nanti.
Kad akan siap selepas 14 hari dan tunggu panggilan dari Maybank untuk kutipan kad.
Bayaran terkini adalah sebanyak RM26.50 sahaja untuk yuran penukaran gambar pada kad ATM Maybank.
Mudah juga ya nak buat kad ATM design guna gambar sendiri. Tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang!
Baca juga: Terkini Dari Maybank, Ini Cara Yang Lebih Selamat Untuk Anda Melakukan Transaksi Secara Online
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.