Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Caruman KWSP Turun 9% Dan Ini Cara Untuk Kekalkan Kadar 11%

3,454

Adakah benar dengan kenyataan mengenai caruman KWSP yang telah diturunkan kadarnya kepada 9% daripada 11%? Ya, benar dan telah diumumkan melalui Belanjawan 2021 yang lalu dan KWSP telah menurunkan caruman ahlinya daripada 11% kepada 9% dan pastinya terdapat segelintir pekerja yang tidak bersetuju dengan penurunan kadar caruman ini.

Jika ingin mengekalkan kadar caruman ini, terdapat caranya iaitu dengan menghubungi pihak KWSP . Bagi yang bersetuju dan memilih untuk menerima kadar penurunan caruman ia, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana ianya adalah automatik daripada KWSP.

Menurut KWSP juga, kadar tersebut akan berkuatkuasa bagi tempoh setahun yang merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 sehingga bulan Disember 2021.

CARA MENGEKALKAN KADAR CARUMAN KWSP 11%

Untuk mengekalkan kadar caruman KWSP anda pada 11%, anda perlu hadir ke KWSP dan lakukan perkara berikut:

  • Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh didapati di laman web KWSP.
  • Borang ini perlu dilengkapkan dan boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh dimuat turun bermula 1 Disember 2020.
  • Majikan perlu memproses borang ini secara dalam talian melalui portal i-Akaun (majikan) bermula 14 Disember 2020.
  • Majikan perlu menyimpan Borang KWSP 17A (Khas 2021) untuk tujuan rekod.

Caruman KWSP Turun 9% Dan Ini Cara Untuk Kekalkan Kadar 11%

PENURUNAN KADAR CARUMAN SECARA AUTOMATIK

Mengapa kadar caruman diturunkan? Ia bertujuan untuk mempertingkatkan tunai boleh belanja sebanyak RM9.3 bilion berikutan setiap pencarum akan menerima bayaran gaji yang lebih tinggi kerana amaun yang dimasukkan ke KWSP telah berkurangan.

Penurunan kadar caruman akan berlaku secara automatik kepada pencarum yang:

  • Berumur 60 tahun dan ke bawah.

Bagi pencarum yang berumur lebih 60 tahun, tiada perubahan kadar caruman masing-masing kerana terdapat perubahan kadar caruman ahli sahaja. Kadar caruman daripada majikan tiada sebarang perubahan .

Pencarum yang mencarum sendiri pula, tiada penurunan kadar caruman dan had caruman masih kekal dengan RM60,000 setahun.

Caruman KWSP Turun 9% Dan Ini Cara Untuk Kekalkan Kadar 11%

 

Tidak lulus permohonan GKP 2.0 dan ingin membuat rayuan? Dapatkan cara membuat rayuan, dokumen yang diperlukan dan tarikh permohonan rayuan dengan klik pautan berikut:

CARA PERMOHONAN RAYUAN DAN TARIKH RAYUAN

PENGELUARAN iSINAR ONLINE

Seperti sedia maklum, pihak kWSP menggalakkan para pencarum yang ingin membuat pengeluaran i-Sinar untuk dilakukan secara online dan tarikh untuk pengeluaran adalah bermula pada Disember 2020 dan akan dikreditkan wang ke akaun masing-masing bermula Januari 2021.

Terdapat 2 kaedah pengeluaran wang iSinar ini iaitu melalui:

Nota: Portal iSinar masih dalam proses pembangunan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Caruman KWSP Turun 9% Dan Ini Cara Untuk Kekalkan Kadar 11%

Untuk makluman lebih lanjut mengenai pengeluaran iSinar, sila klik disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...