Adakah benar dengan kenyataan mengenai caruman KWSP yang telah diturunkan kadarnya kepada 9% daripada 11%? Ya, benar dan telah diumumkan melalui Belanjawan 2021 yang lalu dan KWSP telah menurunkan caruman ahlinya daripada 11% kepada 9% dan pastinya terdapat segelintir pekerja yang tidak bersetuju dengan penurunan kadar caruman ini.
Jika ingin mengekalkan kadar caruman ini, terdapat caranya iaitu dengan menghubungi pihak KWSP . Bagi yang bersetuju dan memilih untuk menerima kadar penurunan caruman ia, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana ianya adalah automatik daripada KWSP.
Menurut KWSP juga, kadar tersebut akan berkuatkuasa bagi tempoh setahun yang merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 sehingga bulan Disember 2021.
CARA MENGEKALKAN KADAR CARUMAN KWSP 11%
Isi Kandungan
Untuk mengekalkan kadar caruman KWSP anda pada 11%, anda perlu hadir ke KWSP dan lakukan perkara berikut:
- Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh didapati di laman web KWSP.
- Borang ini perlu dilengkapkan dan boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh dimuat turun bermula 1 Disember 2020.
- Majikan perlu memproses borang ini secara dalam talian melalui portal i-Akaun (majikan) bermula 14 Disember 2020.
- Majikan perlu menyimpan Borang KWSP 17A (Khas 2021) untuk tujuan rekod.
PENURUNAN KADAR CARUMAN SECARA AUTOMATIK
Mengapa kadar caruman diturunkan? Ia bertujuan untuk mempertingkatkan tunai boleh belanja sebanyak RM9.3 bilion berikutan setiap pencarum akan menerima bayaran gaji yang lebih tinggi kerana amaun yang dimasukkan ke KWSP telah berkurangan.
Penurunan kadar caruman akan berlaku secara automatik kepada pencarum yang:
- Berumur 60 tahun dan ke bawah.
Bagi pencarum yang berumur lebih 60 tahun, tiada perubahan kadar caruman masing-masing kerana terdapat perubahan kadar caruman ahli sahaja. Kadar caruman daripada majikan tiada sebarang perubahan .
Pencarum yang mencarum sendiri pula, tiada penurunan kadar caruman dan had caruman masih kekal dengan RM60,000 setahun.
Tidak lulus permohonan GKP 2.0 dan ingin membuat rayuan? Dapatkan cara membuat rayuan, dokumen yang diperlukan dan tarikh permohonan rayuan dengan klik pautan berikut:
CARA PERMOHONAN RAYUAN DAN TARIKH RAYUAN
PENGELUARAN iSINAR ONLINE
Seperti sedia maklum, pihak kWSP menggalakkan para pencarum yang ingin membuat pengeluaran i-Sinar untuk dilakukan secara online dan tarikh untuk pengeluaran adalah bermula pada Disember 2020 dan akan dikreditkan wang ke akaun masing-masing bermula Januari 2021.
Terdapat 2 kaedah pengeluaran wang iSinar ini iaitu melalui:
- i-Akaun KWSP
- Portal i-Sinar KWSP
Untuk makluman lebih lanjut mengenai pengeluaran iSinar, sila klik disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.