Ramai murid-murid yang mengikuti kelas secara talian atau PDPR mengadu bahawa tak dapat ikut kelas kerana line atau internet tak cukup kuat untuk ikuti kelas secara Google Meet.
Jadi apa yang perlu cikgu-cikgu lakukan agar tiada lagi murid tercicir untuk ikuti kelas secara online kali ini?
Apa kata kali ini cikgu gunakan Video Call Telegram pula. Malahan, pelbagai benda boleh cikgu lakukan dan masalah yang sedia ada juga boleh diselesaikan.
Baca juga: [Download] Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Untuk Rujukan Guru SPP
KELAS ONLINE PDPR GUNA VIDEO CALL TELEGRAM
Perkongsian ini sangat berguna buat cikgu-cikgu yang menghadapi masalah mengenai murid-murid yang tidak dapat hadir kelas online menggunakan Google Meet.
Bagaimana nak buat kelas guna Video Call Telegram?
Jom ikuti perkongsian dari Ifa Safirah Abd Rahim dan boleh cuba untuk kelas anda yang akan datang.
Langkah Pertama
- Pertama, kena buka dekat info group dulu. Maksudnya, bukan dekat conversation. Kalau buka conversation tak jumpa button untuk Call.
Langkah Kedua
- Lepas tekan simbol titik 3 bertindih tu, klik Start Voice Chat.
Langkah Ketiga
- Klik Start Voice Chat.
Langkah Keempat
- Buka Camera untuk video call.
Langkah Kelima
- Fungsinya sama seperti Google Meet.
- Boleh share screen dan boleh rakam juga.
Langkah Keenam
- Untuk share screen, klik sahaja Share Screen.
- Kita sebagai orang yang kongsi, kena terus pergi dekat bahan yang kita nak paparkan.
- Kalau kita share sambil buka video call, dia akan paparkan video call yg sedang kita bukak tu. Jadi, pelajar akan nampak double. So, pastikan kita buka bahan yang kita nak kongsi.
Langkah Ketujuh
- Ini yang pelajar nampak bila kita share screen. Selepas besarkan nota.
Langkah Kelapan
- Ini keadaan sebelum besarkan nota. Kalau nak besarkan nota tu, tekan je atas nota tersebut.
Langkah Kesembilan
- Cikgu/Pengajar boleh zoom kan bahan. Jelas dan nota yang dipaparkan tidak pecah.
Langkah Kesepuluh
- Ini gambarannya ya. Lebih kurang macam Google Meet juga ya.
Langkah Sebelas
- Ni kalau nak tamatkan, pastikan klik End, jangan Leave begitu sahaja.
Senangkan?Diharap selepas ini tiada lagi masalah ketidakhadiran murid kerana masalah line internet ketika gunakan Google Meet kerana kadar penggunaan internet menggunakan telegram jauh lebih rendah berbanding Google Meet.
Guru-guru juga boleh gunakan 47 aplikasi pengajaran yang telah dikongsikan untuk jadikan sesi pengajaran online anda lebih menarik.
Apakah 47 aplikasi tersebut?
Klik je kat sini: 47 Aplikasi Pengajaran Secara Online Untuk Cikgu. Jom Jadikan Kelas Online Lebih Menarik!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.