Pelajar & Tanggungan Keluar Negara Tidak Perlu Memohon Kelulusan Melalui MyTravelPass Imigresen
Siapa cakap pelajar yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di luar negara perlu melalui pelbagai proses yang rumit?
Sebenarnya tidak! Ini kerana Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan satu inisiatif yang memudahkan rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian di luar negara termasuk mereka yang bekerja di luar negara.
Anda boleh membuat semakan kategori yang perlu membuat permohonan melalui MyTravelPass dan ketegori yang tidak perlu membuat permohonan kelulusan MyTravelPass seperti pelajar dan tanggungan yang meneruskan pengajian.
INFO RINGKAS MYTRAVELPASS
Isi Kandungan
MyTravelPass telah diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 7 Oktober 2020 yang lalu bagi permohonan kebenaran masuk dan keluar negara untuk rakyat Malaysia dan warga asing.
Sistem MyTravelPass ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan tempoh permohonan berbanding sebelum ini.
Malahan, jangka masa yang diperlukan oleh JIM untuk meluluskan permohonan adalah lebih cepat (3 hingga 5 hari) berbanding sebelum ini 7 hingga 10 hari.
Baca juga: 7 Kegunaan MyKad Yang Perlu Anda Tahu Selain Berfungsi Sebagai Kad Pengenalan Diri
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan MyTravelPass perlu dibuat sebelum:
- 14 hari sebelum tarikh jangkaan berlepas
Permohonan adalah secara online di portal Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seperti berikut:
KATEGORI TIDAK PERLU MEMOHON MELALUI MYTRAVELPASS
Antara kategori tidak perlu memohon kebenaran awal dan dikehendaki menunjukkan dokumen sokongan yang berkaitan kepada Pegawai Imigresen semasa hendak keluar ialah:
- Diplomat dan pegawai Kedutaan Malaysia yang akan/kembali bertugas diluar negara termasuk tanggungan masing-masing.
- Pelajar dan tanggungan yang meneruskan pengajian dengan syarat memiliki visa pelajar atau visa tanggungan yang sah.
- Pemegang Pas Jangka Panjang di Luar Negara (Pemaustatin Tetap/Pas Residen/Pas Kerja dan lain-lain).
- Bekerja dengan syarikat petroleum dan syarikat perkapalan yang perlu sign-on ke atas kapal di luar negara.
- Mengiringi pelajar ke luar negara bagi tujuan belajar dan terhad kepada dua orang pengiring sahaja. Pengiring perlu melakukan perjalanan keluar bersama-sama pelajar pada masa yang sama.
KATEGORI PERLU MEMOHON MELALUI MYTRAVELPASS
Kategori yang perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem MyTravelPass.
Antara mereka yang perlu memohon melalui MyTravelPass ialah:
- Warganegara yang baru mendapat tawaran bekerja atau belajar di luar negara.
- Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan di luar negara.
- Menghadiri mesyuarat/seminar/urusan perniagaan di luar negara.
- Menyertai pameran/pertandingan sukan/latihan di luar negara dengan mengemukakan surat sokongan daripada agensi kawal selia.
- Urusan kecemasan ahli keluarga terdekat (kematian/ahli keluarga ditimpa kemalangan/sakit).
- Pemegang Visa Pasangan/Tunangan (perkahwinan yang tidak didaftarkan secara sah).
- Menyertai misi bantuan kemanusiaan/keagamaan dengan mengemukakan surat kelulusan yang telah diperoleh daripada Jawatankuasa Bersama JPH serta dokumen sokongan lain yang berkaitan.
Baca juga: Dah Boleh Ke Luar Negara Ke? MyTRavelPass – Permohonan Keluar Atau Masuk Malaysia
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika pemohon mempunyai pertanyaan mengenai permohonan kelulusan MyTravelPass sila ajukan kepada Jabatan Imigresen Malaysia disaluran berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.