Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pemohon GKP Dah Boleh Kemaskini Terakhir Maklumat Akaun Bank Sehingga 20 Disember 2021

1,659

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan bahawa pemohon dan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sudah boleh mengemaskini maklumat akaun bank masing-masing.

Kemaskini maklumat akaun bank boleh dibuat secara online melalui pautan yang dikongsikan oleh LHDN sahaja.

Dapatkan info seterusnya mengenai pengemaskinian maklumat akaun bank disini dan sekiranya anda ingin dapatkan bayaran GKP, sila kemaskini dengan segera.

TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP

Anda boleh terus membuat pengemaskinian maklumat akaun bank untuk menerima bayaran GKP 2021 mulai tarikh berikut:

  • 6 Disember 2021-20 Disember 2021

SIAPA YANG PERLU KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK?

Menurut LHDN, mereka yang perlu mengemaskini maklumat akaun bank untuk bayaran GKP ialah:

  • Penerima GKP Permai
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

Yang berstatus gagal kredit sahaja!

CARA KEMASKINI

Penerima GKP boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online di Portal Rasmi GKP iaitu dipautan berikut:

Pemohon GKP Dah Boleh Kemaskini Terakhir Maklumat Akaun Bank Sehingga 20 Disember 2021

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ikon Search
  • Kemudian klik pada bahagian kemaskini maklumat akaun bank anda

Untuk lebih faham, anda boleh lihat pada video yang dikongsikan ini:

Pemohon GKP Dah Boleh Kemaskini Terakhir Maklumat Akaun Bank Sehingga 20 Disember 2021

Nota: Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah AKAUN BANK PERIBADI ATAS NAMA PEMOHON GKP (BUKAN AKAUN BANK PERNIAGAAN), BERSTATUS AKTIF DAN BERDAFTAR MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN BAHARU PEMOHON. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

TARIKH BAYARAN GKP

Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di portal rasmi GKP.

Penerima GKP berstatus Lulus tetapi Gagal Kredit semasa bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.

Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarnag maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kemaskini maklumat akaun bank untuk GKP gagalkredit,sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...