Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tutorial Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Langkah Demi Langkah

1,290

Mungkin ramai yang sudah log masuk ke porta rasmi BPR 2021 untuk membuat permohonan baru dan mengemaskini maklumat diri sekiranya mempunyai perubahan berbanding tahun lalu.

Jika anda ingin mengemaskini maklumat diri anda dan pasangan tetapi tidak tahu caranya, teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara kemaskini maklumat pada BPR 2021 langkah demi langkah disini sahaja.

Jika ingin membuat semakan, jangan risau ya. Klik pautan di bawah dan buat semakan status permohonan anda.

TUTORIAL CARA KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021

Untuk mengemaskini maklumat diri dan pasangan pada permohonan BPR 2021, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

Tutorial Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Langkah Demi Langkah

  • Klik LOG MASUK dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN seterusnya klik SEMAK.
  • Bagi yang belum daftar akaun, klik DAFTAR AKAUN dan isikan KATA KUNCI KESELAMATAN dan klik TERUSKAN.
  • Buat KATA LALUAN BAHARU dan pendaftaran anda berjaya. seterusnya LOG MASUK dan klik KEMASKINI PERMOHONAN.
  • Muat naik dokumen sokongan anda sekiranya ada perubahan.
  • Klik TERUSKAN, masukkan kod CAPTCHA dan sahkan.
  • Tandakan simbol pada kotak perakuan dan klik HANTAR.
  • Permohonan dan kemaskini maklumat anda telah berjaya. Anda boleh cetak permohonan untuk simpanan anda.

Jika terlupa kata laluan, anda boleh reset dan dapatkan tutorial reset kata laluan disini sahaja. Mudah.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Rujuk Jadual Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...