Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Reset Semula ID & Kata Laluan BPR

4,146

Mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021, pemohon baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah boleh memohon dan boleh mengemaskini permohonan masing-masing.

Mereka yang telah membuat permohonan sebelum ini tetapi terlupa ID atau kata laluan boleh tetapkan semula atau reset ID dan kata laluan tersebut dengan cara yang dikongsikan disini.

Mungkin sehari dua ini, server untuk permohonan BPR mengalami masalah agak lambat untuk di akses masuk kerana ramai yang membuat permohonan secara online dan anda diminta untuk bersabar.

Sebelum itu, kita lihat dahulu syarat kelayakan permohonan BPR bagi tahun 2021 bagi setiap kategori.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BPR 2021

Syarat kelayakan adalah mengikut kategori iaitu:

ISI RUMAH

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaku atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR . MyKAS)
  • Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja.
  • Tidak bekerja atau tiada pendapatan:
    – 17 tahun dan ke bawah
    – 18 tahun dan ke atas bagi yang mash belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi / Swasta

BUJANG

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Untuk info yang lebih lanjut mengenai permohonan BPR, anda boleh dapatkan di pautan berikut:

CARA RESET ID & KATA LALUAN BPR 2021

Sekiranya anda terlupa ID dan kata laluan (password), anda perlu lakukan perkara ini sahaja:

  • Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Klik BUTANG SEMAK.
  • Jawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang telah anda daftarkan sebelum ini.
  • Masukkan KATA LALUAN BARU dan buat PENGESAHAN KATA LALUAN BARU.
  • Klik TUKAR KATA LALUAN

Juga dapatkan jadual dan tarikh pembayaran BPR 2021 di pautan ini:

Sekiranya masih lagi bermasalah, anda perlu:

  • Hadir ke kaunter LHDN yang terdekat
  • Hubungi Hotline BPR di: 1 800 88 2747

CARA LOGIN SELEPAS RESET ID & KATA LALUAN BPR 2021

Setelah anda siap reset semula ID dan kata laluan akaun BPR 2021, log masuk seperti berikut:

  • Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  • Klik SEMAK dan sahkan KATA KUNCI KESELAMATAN anda.
  • Masukkan KATA LALUAN anda.
  • Klik LOG MASUK
  • Lihat paparan

Cara Reset Semula ID & Kata Laluan BPR 2021

Anda baru hendak memohon BPR 2021 tetapi nak buat semakan kelayakan mengikut kategori isi rumah / bujang dahulu? Klik sini dan dapatkan syarat kelayakan mengikut kategori yang sesuai untuk membuat permohonan.

Cara Mohon & Syarat Kelayakan BPR 2021. Semak & Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...