Bagi menghargai kesetiaan pelanggannya, Bank Rakyat menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 melalui Kempen Jalinan Bank Rakyat 67.
Pelanggan yang berminat perlu merebut peluang ini dengan secepat mungkin kerana hanya 67 pemenang bagi setiap kategori sahaja yang akan dipilih sebagai dengan pelbagai tawaran hadiah.
Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Bank Rakyat mengikut kategori? Jom tengok disini.
TARIKH KEMPEN JALINAN BANK RAKYAT 67
Isi Kandungan
Bank Rakyat telah memulakan Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 ini pada tarikh berikut:
- 1 September 2021 hingga 31 Oktober 2021
Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 ini diadakan sempena ulang tahun Bank Rakyat yang ke 67 tahun.
Baca juga: Diskaun Sebanyak 3% & Bukan Sekadar Roadtax, Renew Insurans Kenderaan Juga Boleh Dibuat Di PUSPAKOM
KONSEP KEMPEN JALINAN BANK RAKYAT 67
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, kempen ini adalah berkonsepkan:
- Langgan dan menang
Konsep ini bukan saja dapat membantu pelanggan merancang kewangan dengan bijak menerusi tawaran pembiayaan yang disediakan, malah sebagai inisiatif bagi menghargai kesetiaan pelanggan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.
JENIS LANGGANAN PRODUK
Produk yang boleh dilanggan untuk sertai Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 ialah:
- Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi
TAWARAN HADIAH MENGIKUT KATEGORI
Apakah hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang?
Pembiayaan Peribadi-i
- 67 pemenang cabutan bertuah bagi bulan September dan 67 pemenang lagi bagi bulan Oktober yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i dengan pembiayaan minimum sebanyak RM30,000 berpeluang untuk memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM134,000, yang mana masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.
Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi
- 67 pelanggan bertuah yang melanggan produk Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi dengan pembiayaan minimum sebanyak RM20,000 bakal memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM106,000.
- RM10,000 bagi tempat pertama, RM5,000 bagi tempat kedua dan RM2,000 bagi tempat ketiga. Tempat keempat hingga ketujuh akan menerima RM2,000 setiap seorang dan RM1,000 bagi setiap 60 pelanggan bertuah yang lain.
- Ketiga-tiga pemenang ini juga akan memenangi slot temu bual program Assalammualaikum di TV Al-Hijrah secara percuma bernilai RM21,000.
67 PELANGGAN BERTUAH
- Seramai 67 pelanggan bertuah dengan jumlah langganan produk Bank Rakyat tertinggi dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 berpeluang untuk memiliki saham Bank Rakyat atau Akaun Deposit-i Berjangka, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM134,000.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 sila dapatkan di:
- Telefon: 1-300-80-5454
- Laman rasmi: https://www.bankrakyat.com.my/
- Email: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.