Kit Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan PERKESO & Cara Majikan Mohon
Majikan yang ingin mendapatkan Kit Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO boleh mendapatkan cara permohonan melalui perkongsian ini.
Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan adalah satu kemudahan yang disediakan kepada majikan bagi mendapatkan kit ujian saringan untuk setiap pekerja masing-masing.
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Kit Program Ujian Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan PERKESO ini?
INFO RINGKAS PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN PERKESO
Isi Kandungan
Apa itu Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO ini?
- Merupakan program yang dibangunkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan susulan pembukaan semula sektor ekonomi semasa Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Baca juga: Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19
TARIKH PELAKSANAAN & PERMOHONAN
Tarikh pelaksanaan dan permohonan untuk Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO telah bermula pada:
- 6 September 2021
SYARAT KELAYAKAN
Apa pula syarat kelayakan untuk majikan ikuti Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO?
- Program ini terbuka kepada semua majikan yang aktif mencarum dengan PERKESO di mana semua pekerja termasuk pekerja asing adalah layak berdasarkan semakan caruman pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.
LANGKAH PERMOHONAN PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN PERKESO
Majikan yang ingin membuat permohonan program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.
- Klik: https://psp.perkeso.gov.my
- Pilih MAJIKAN dan klik Account Registration.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Register. Gunakan emel yang telah anda daftarkan di ASSIST PERKESO untuk mempercepatkan proses pendaftaran.
- Buat permohonan setelah pendaftaran anda berjaya.
KOS UJIAN SARINGAN & LOKASI
Untuk ujian saringan ini, pekerja tidak perlu mengeluarkan sebarang kos kerana ianya ditanggung oleh majikan masing-masing.
Manakala ujian saringan pula boleh dilaksanakan di mana-mana hospital, klinik atau ditempat kerja masing-masing.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO melalui saluran berikut:
- Emel: [email protected]
- Hotline: 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.