Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Anda Kontraktor Tapi Tak Ada Lesen? Daftar Dengan MARA Serendah RM50 & Layak Terima Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera Gred G1

2,173

Anda kontraktor tapi tiada lesen kontraktor? Bukan kontraktor tapi nak jadi kontraktor?

Inilah peluang yang perlu anda rebut kerana Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Harta Prima Realties Sdn. Bhd (anak syarikat MARA) menjemput semua usahawan industri pembinaan untuk sama-sama mengikuti Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) khusus untuk syarikat punyai dokumen wajib lengkap.

Yuran pula serendah RM50 sahaja pula tu. Jadi, dapatkan maklumat disini dan teruskan membuat pendaftaran permohonan untuk mengikuti Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) disini.

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

INFO RINGKAS PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)

Untuk pengetahuan anda, informasi ringkas program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 9 hingga 10 Ogos 2021
  • Masa: 845 pagi hingga 5 petang
  • Tempat: Outlet/Kediaman
  • Peserta: 20 Usahawan

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

Bagi anda yang ingin membuat pendaftaran, digalakkan untuk mendaftar dengan kadar segera sebelum:

  • 3 Ogos 2021

KAEDAH PROGRAM PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)

Kaedah program adalah secara online dengan menggunakan:

  • Aplikasi Zoom

JUMLAH BAYARAN PROGRAM PERSIJILAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA (GRED G1)

Jumlah bayaran Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1) ialah:

  • RM50 sahaja

CARA DAFTAR

Sebelum membuat pendaftaran, anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. SSM
  3. Salinan terkini SSM e-Info
  4. Salinan 2 bulan terkini penyata bank
  5. Sijil Kemahiran

Anda boleh memuat naik dokumen diatas pada pautan berikut:

Nota: Peserta terpilih akan dimuktamadkan selepas dokumen wajib lengkap

Setelah dokumen wajib telah dimuat naik dengan lengkap, klik pautan dibawah untuk pendaftaran:

Anda Kontraktor Tapi Tak Ada Lesen? Daftar Dengan MARA Serendah RM50 & Layak Terima Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera Gred G1

Atau anda boleh imbas QR Kod pada poster dibawah:

Anda Kontraktor Tapi Tak Ada Lesen? Daftar Dengan MARA Serendah RM50 & Layak Terima Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera Gred G1

Baca juga:  Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Persijilan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Gred G1), sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...