Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu organisasi yang banyak membantu usahawan atau peniaga kecil-kecilan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
Begitu juga MARA Daerah Kangar yang sedia membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan terutamanya yang tidak tahu cara untuk membina jenama atau branding sendiri.
MARA Daerah Kangar mempelawa anda semua untuk mengikuti Kursus Branding Super dan dapatkan ilmu perniagaan secara online sahaja. Jangan tunggu lagi, risau nanti anda terlepas peluang dan buat pendaftaran segera.
INFO RINGKAS KURSUS BRANDING SUPER
Isi Kandungan
Kursus Branding Super merupakan:
- Satu pakej kursus peningkatan perniagaan sebagai salah satu cara untuk para usahawan mengembangkan sektor perniagaan ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pengetahuan yang bakal dikongsikan nanti.
Baca juga: Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang
OBJEKTIF KURSUS BRANDING SUPER MARA
Setiap kursus yang dianjurkan oleh MARA mempunyai objektifnya yang tersendiri.
Objektif Kursus Branding Super MARA adalah:
- Usahawan mendapat pengetahuan kepentingan penjenamaan bagi membina imej, reputasi dan identiti.
- Usahawan lebih memahami bahawa mempunyai jenama yang bagus bukan sahaja berguna kepada syarikat besar tetapi ia penting bagi syarikat kecil.
- Usahawan boleh membina nilai jenama melalui media sosial dan dapat menerokai dunia pemasaran.
- Memahami penjenamaan amatlah penting bagi mengekalkan sesebuah perniagaan itu dalam dunia persaingan yang makin mencabar hari demi hari.
TARIKH KURSUS BRANDING SUPER
Kursus Branding Super akan diadakan pada:
- 20 hingga 21 Oktober 2021
Ia akan diadakan secara online menggunakan platform ZOOM.
YURAN PENDAFTARAN
Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak:
- RM50 sahaja
GOLONGAN SASARAN
MARA Daerah Kangar menyasarkan golongan berikut untuk mengikuti Kursus Branding Super:
- Usahawan yang sedia ada dan mempunyai produk sendiri
- Usahawan yang sedang merintis peluang mengembangkan potensi produk
KEPERLUAN KURSUS
Apa yang diperlukan semasa Kursus Branding Super MARA nanti? Anda hanya perlu menyediakan peralatan berikut sahaja:
- Komputer atau telefon bimbit
- Talian internet atau data yang mencukupi dan bersesuaian
PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah secara online pada pautan berikut:
- Klik Daftar Permohonan
- Masukkan ID Pengguna dan Kata laluan
- Jika belum pernah membuat pendaftaran, buat pendaftaran terlebih dahulu.
- Seterusnya Log Masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan tadi.
- Masukkan maklumat dan buat pendaftaran anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Kursus Branding Super anjuran MARA, sila hubungi nombor berikut:
- PMD Kangar: 04-976 2575
- En. Mohd Khirusani: 017-551 7534
- En. Muhammad Hanif: 019-419 8596
- En. Syamsul: 013-344 4177
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.