Cara Mohon Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Kursus Jahitan Pakaian Wanita Percuma Kepada Asnaf

Asnaf negeri Perak diajak untuk menyertai Kursus Awal Kanak-kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita yang ditaja oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan tiada yuran dkenakan kerana ianya adalah percuma sahaja.

Hanya 2 kursus disediakan seperti yang dinyatakan iaitu Kursus Awal Kanak-kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita sahaja.

Dapatkan borang permohonan dan semak dahulu kelayakan anda sebelum membuat permohonan untuk menghadiri kursus yang disediakan.

INFO RINGKAS KURSUS AWAL KANAK-KANAK & KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA

Kursus Awal Kanak-Kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita ini telah ditaja sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan golongan asnaf akan mengikuti kursus secara percuma.

Kusus ini adalah merupakan kerjasama antara SCHWIN College dan Srikandi Skill College bagi tahun 2021.

Malah kursus ini diwujudkan dengan bertujuan mengisi peluang dengan jaminan pekerjaan bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga.

KURSUS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Syarat Am Kelayakan

Antara syarat am kelayakan yang diperlukan ialah:

  • Penyertaan kepada mereka yang bermaustatin di negeri Perak sahaja.
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Sihat fizikal dan mental
  • Perempuan sahaja
  • Berminat menyretai program
  • Lepasan SPM
  • Tiada rekod jenayah
  • Anak-anak Asnaf Fakir / Miskin

Kemudahan Yang Disediakan

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Sijil diiktiraf (JKP-JKM)
  • Tiada yuran dikenakan (percuma)
  • Penginapan percuma
  • Makan dan minum disediakan
  • Bahan dan peralatan disediakan
  • Elaun Khas diberikan
  • Pakaian seragam
  • 100% peluang pekerjaan

Cara Mohon Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Kursus Jahitan Pakaian Wanita Percuma Kepada Asnaf

KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA

Syarat Am Kelayakan

Antara syarat am kelayakan yang diperlukan ialah:

  • Penyertaan kepada mereka yang bermaustatin di negeri Perak sahaja.
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Sihat fizikal dan mental
  • Perempuan sahaja
  • Berminat menyretai program
  • Tiada rekod jenayah
  • Anak-anak Asnaf Fakir / Miskin

Kemudahan Yang Disediakan

Malahan anda juga akan menikmati kemudahan yang disediakan seperti:

  • Tiada yuran dikenakan (Percuma)
  • Elaun bulanan
  • Penginapan disediakan
  • Makan minum disediakan
  • Peralatan disediakan
  • Keboleh pasaran pekerjaan

Cara Mohon Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Kursus Jahitan Pakaian Wanita Percuma Kepada Asnaf

CARA MOHON

Untuk mohon download borang dan lengkapkan:

  • Hantarkan borang yang lengkap diisi ke MAIPk di seluruh negeri Perak SEBELUM 12 Mac 2021.

Baca juga: Kursus Tanaman Cili Fertigasi Asnaf MAIPk Percuma. Cepat Mohon Sebelum 12 Mac 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut mengenai Kursus Awal Kanak-kanak dan Kursus Jahitan Pakaian Wanita, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.