Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Laluan Bas Elektrik, Bas Percuma GoKL. Semak Laluan Baharu Disini, Pastinya Memudahkan Pengguna!

1,172

Demi menjaga alam sekitar, Kementerian wilayah Persekutuan (KWP) telah memperkenalkan perkhidmatan Bas Elektrik untuk kegunaan Bas Percuma GoKL.

Berikutan dengan pelancaran perkhidmatan bas elektrik ini, Laluan Baharu juga telah ditambah bagi Perkhidmatan Bas Percuma GoKL serta untuk beberapa laluan yang lain.

Selepas ini, orang ramai boleh memanfaatkan perkhidmatan bas elektrik ini untuk ke mana-mana sahaja kerana ia menghubungkan anda dengan perkhidmatan pengangkutan yang lain.

INFO BAS ELEKTRIK, BAS PERCUMA GOKL

Bermula 1 November 2021 ini, perkhidmatan bas elektrik akan diperkenalkan di Wangsa Maju.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, projek perkhidmatan bas elektrik merupakan perintis kepada perbandaran sifar karbon yang pertama di ibu kota.

Perkhidmatan bas elektrik dan bas percuma GoKL akan mengaplikasikan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) yang merupakan pelan tindakan yang dilaksanakan secara bersasar di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, reka bentuk dan warna balutan luar bas turut diperbaharui dengan membawa tema hijau yang dilihat ke arah gaya hidup lebih sihat.

2 LALUAN BAHARU BAS ELEKTRIK

Terdapat 2 laluan baharu bas elektrik ini iaiatu:

  • Laluan Hijau Serindit
  • Laluan Kelabu

Laluan Hijau Serindit sepanjang 13.78 km ini akan bermula dari Hab Transit Aliran Massa (MRT) Terminal Maluri ke Bandar Seri Permaisuri manakala Laluan Kelabu sepanjang 16.7 km pula akan bermula dari MRT Cochranse ke Bandar Tun Razak.

JADUAL LALUAN BAS ELEKTRIK & BAS PERCUMA GOKL

Anda juga boleh rujuk jadual laluan bas lektrik dan bas percuma GoKL disini.

Laluan Bas Elektrik, Bas Percuma GoKL. Semak Laluan Baharu Disini, Pastinya Memudahkan Pengguna!

“Dua laluan baharu ini diwujudkan bagi memberi penumpang membuat pilihan melakukan pertukaran mod pengangkutan daripada bas ke penggunaan rel dan seterusnya mencapai sasaran Kuala Lumpur sebagai bandar raya rendah karbon 2030.”

Menteri Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

CIRI-CIRI BAS ELEKTRIK

Ciri-ciri bas elektrik yang akan digunapakai bermula 1 November 2021 ialah:

  • Bas elektrik yang digunakan oleh GoKL City Bus dibuat di Malaysia oleh SKS Coachbuilders. Penggerak utama serta komponen elektriknya diimport dari China, sementara binaan bas itu sendiri dibuat sepenuhnya oleh syarikat tersebut di Kampung Pulau Meranti, Puchong.

     

  • Ia boleh membawa 31 penumpang (21 duduk dan 10 berdiri), dan mempunyai kelajuan maksimum 70 km/j, tetapi kelajuan optimal adalah dalam sekitar 55-60 km/j. Pek bateri lithium ion yang terletak di bahagian belakang bas menyediakan kapasiti 299 kWh dan setelah dicas penuh, ia boleh memberikan jarak gerak sehingga 250 km.

     

  • Tempoh mengecas yang diberitahu adalah sekitar 1.5 jam apabila bateri tersebut masih mempunyai baki 40% kuasa, sementara jika kuasanya lebih rendah, ia boleh mengambil masa sehingga tiga jam. Disebabkan barang yang digunakan untuk bas ini diimport dari China, sistem pengecasnya juga menggunakan sambungan GB/T Type 2 yang sebenarnya adalah khas untuk negara itu.

     

  • Menurut SKS yang akan mengendali dan menyelenggaran bas elektrik ini, proses mengecas biasa akan dijalankan pada waktu malam di depoh mereka yang akan diletakkan di tempat strategik dalam bandar

Laluan Bas Elektrik, Bas Percuma GoKL. Semak Laluan Baharu Disini, Pastinya Memudahkan Pengguna!

Selepas ini bandar raya Kuala Lumpur semakin segar udaranya dan orang ramai juga lebih mudah untuk ke mana-mana destinasi menggunakan bas elektrik serta bas percuma GoKL.

Bagi anda yang ingin tahu cara claim perubatan sekiranya kemalangan dengan kenderaan yang tidak mempunyai insurans, sila dapatkan info serta cara membuat tuntutan disini.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...