Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MyDaftar OKU, Pendaftaran Lebih Mudah & Dapat Kad OKU Digital

2,039

Jabatan Kemajuan Masyarakat telah membuat penambahbaikan sistem perkhidmatan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memperkenalkan MyDaftar OKU.

Selepas ini, golongan OKU hanya perlu membuat pendaftaran secara online seterusnya mendapat kad OKU secara digital terlebih dahulu sebelum mendapat kad OKU secara fizikal.

Bagi golongan yang ingin membuat pendaftaran MyDaftar OKU, anda boleh dapatkan cara-cara mendaftar disini sahaja.

APA ITU MYDAFTAR OKU?

MyDaftar OKU adalah diwujudkan dengan tujuan:

  • Memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan memberikan lebih banyak kemudahan kepada golongan OKU di seluruh negara.
  • Ia juga akan memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada golongan OKU selari dengan Teras Strategik 8: Pelan Tindakan OKU 2016-2022 iaitu mewujudkan pengkalan data dan sistem maklumat yang komprehensif selain meningkatkan pendaftaran OKU.

CARA DAFTAR MYDAFTAR OKU

Anda boleh dapatkan langkah-langkah membuat pendaftaran MyDaftar OKU seperti berikut:

MyDaftar OKU, Pendaftaran Lebih Mudah & Dapat Kad OKU Digital

  • Kemudian klik Daftar OKU
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  • Seterusnya anda diminta untuk memuat naik gambar anda berukuran pasport.
  • Akhir sekali, klik Hantar untuk menghantar pendaftaran anda.

SEMAKAN PENDAFTARAN MYDAFTAR OKU

Jika anda ingin membuat semakan pula, anda menyemak status pendaftaran anda seperti berikut:

MyDaftar OKU, Pendaftaran Lebih Mudah & Dapat Kad OKU Digital

  • Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan dan klik Cari.
  • Status pendaftaran anda akan dipaparkan pada skrin.

Tempoh kelulusan sangat cepat iaitu dalam tempoh 24 jam berbanding 14 hingga 30 hari  sebelum ini.

KAD OKU DIGITAL(KOD QR) & KAD OKU FIZIKAL

Untuk pengetahuan semua,

  • Pemohon akan mendapat kad OKU digital dalam bentuk Kod QR sebelum mendapat kad OKU fizikal.

Dengan itu, golongan OKU boleh berurusan dengan lancar di mana-mana pusat perkhidmatan awam termasuklah stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam yang lain termasuk e-hailing.

MyDaftar OKU, Pendaftaran Lebih Mudah & Dapat Kad OKU Digital

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyDaftar OKU dengan:

  • Menghubungi JKM negeri masing-masing

Atau di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...