Pelbagai cara dan helah digunakan oleh scammer untuk memerangkap mangsanya. Terkini, mereka mencipta laman web Maybank2U palsu dengan rekabentuk yang hampir sama dengan laman web Maybank2U yang asal.
Cuma, jika anda berhati-hati dan perhatikan dengan betul, terdapat beberapa perbezaan yang boleh anda dapati antaranya ialah tulisan yang ada pada laman web tersebut.
Apakah lagi perbezaan antara laman web Maybank2U yang asal dan palsu serta bagaimana untuk block laman web palsu ini? Jom dapatkan semua maklumat ini melalui perkongsian ini.
PERBEZAAN LAMAN WEB MAYBANK 2U PALSU & ASLI
Isi Kandungan
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara laman web Maybank2U yang asli dan palsu iaitu:
- Tulisan
- Tiada pengesahan kata kunci keselamatan
- Menggunakan pautan “https://campaignmay2u.com/”
CARA BLOCK LAMAN WEB PALSU
Untuk memastikan anda tidak lagi terpedaya dengan laman web palsu yang mungkin ingin mencuri maklumat peribadi serta kata laluan perbankan, anda boleh menyekat laman web palsu seperti berikut:
- Klik pada Google dan klik BLOCK SITE EXTENSION.
- Klik BLOCK SITE, WEBSITE BLOCKER FOR CHROME dan GOOGLE CHROME.
- Setrusnya anda klik kotak biru pada atas skrin yang bertulis ADD TO CHROME.
- Kemudian, klik ADD EXTENSION.
- Klik ikon berbentuk perisai berwarna oren dan klik ikon tersebut seterusnya klik ikon SETTING.
- Pada bahagian BLOCKSITE, set kata kunci dan buat tetapan MOD KERJA.
- Seterusnya pada setting BLOCKSITE, masukkan alamat website yang anda ingin block
- Masuk ke laman web yang ingin disekat dan klik ikon perisai merah BlockSite, kemudian tekan BLOCK THIS SITE pada bahagian popup.
- Selesai!
Baca juga: Semak Semula 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan iSinar Kategori 2 Perlu Di Upload Semula
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.