Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Lanjutan] Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) Pelbagai Kategori. Mohon Secara Online Disini

1,267

Sebelum ini Zakat Pulau Pinang telah membuka semula permohonan untuk memohon Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) dengan mempelbagaikan kategori pemohon.

Malahan, permohonan ini juga telah dibuka sehingga 15 Ogos 2021 dan permohonan perlu dibuat secara online melalui laman rasmi Zakat Pulau Pinang.

Nak mohon dan ingin tahu cara permohonannya? Semak disini dan mohon sekiranya anda layak.

SKIM BANTUAN KHAS ZAKAT COVID-19 (SBKZC19) (LANJUTAN)

Sebelum ini Zakat Pulau Pinang membuka permohonan Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) untuk pemandu teksi dan ehailing yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik Covid-19.

Terkini, Zakat Pulau Pinang telah melanjutkan permohonan kepada beberapa kategori seperti berikut:

  • Pekerja gaji harian/bulanan yang hilang pendapatan
  • Pemandu teksi, e-hailing, van/bas sekolah
  • Peniaga pasar malam/pasar tani/peniaga kecil (peniaga pasar basah/awam tidak termasuk)
  • Guru agama tanpa majikan/pendakwah bebas bertauliah
  • Keluarga/pesakit Covid-19 (sedang dalam kuarantin)

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

TARIKH MOHON

Tarikh permohonan adalah seperti berikut:

  • 9 Ogos 2021

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 15 Ogos 2021

SYARAT KELAYAKAN

Nak mohon?

Dapatkan dahulu apakah syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum anda membuat permohonan Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan Pemaustatin Tetap
  • Bermaustatin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Kategori Asnaf Fakir dan Miskin
  • Pendapatan dibawah RM2,500 sebulan
  • Pekerjaan seepenuh masa kecuali Kategori 5
  • Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah sahaja.
STATUS PERKAHWINAN KETUA KELUARGA
Berkahwin Suami
Bercerai hidup/mati Ibu Tunggal
Suami bermasalah Isteri
Ibu bapa uzur (tidak mampu bekerja) Anak

CARA MOHON

Permohonan Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) adalah seperti berikut:

[Lanjutan] Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) Pelbagai Kategori. Mohon Secara Online Disini

  • Pilih kategori anda.
  • Klik kategori dan isikan makluamt anda.
  • Semak kelayakan
  • Hantar permohonan anda.

May be an image of text

Baca juga: Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS, Sila Kemaskini Maklumat Secara Online Untuk Agihan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

  • Zakat Pulau Pinang, MAINPP
    No.4 Jalan Perda Selatan,
    Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
    Pulau Pinang.
  • Telefon: 04-549 8088 / 1 300 88 8808 (Hotline)
  • Faks: 04 530 6466
  • Emel: [email protected]
  • Facebook: www.facebook.com/zakatpenang
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...