Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Khas RM1,500 Kepada Waris B40 Bagi Pengurusan Jenazah Covid-19

1,784

Tidak semua golongan B40 mampu mengeluarkan wang untuk pengurusan jenazah akibat Covid-19.

Prihatin dengan masalah yang dialami oleh golongan B40 ini, kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1,500 kepada waris mangsa Covid-19 bagi kategori B40 sebagai kos pengurusan jenazah.

Bagi keluarga yang mempunyai masalah sebagai kos pengurusan jenazah akibat Covid-19 dan tinggal di Kelantan, boleh buat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: RM300 One-Off Agihan Khas Zakat LZNK Asnaf Care Covid-19 Dilanjutkan. Semak Cara Permohonannya Disini

TARIKH PERMOHONAN

Waris yang terkesan boleh membuat permohonan mulai:

  • 15 Ogos 2021

JUMLAH BANTUAN KHAS B40 PENGURUSAN JENAZAH

Pemohon yang layak akan menerima Bantuan Khas B40 Pengurusan Jenazah Covid-19 berjumlah:

  • RM1,500

GOLONGAN SASARAN

Golongan yang disasarkan layak menerima bantuan khas iniadalah:

  • Golongan B40

“Sumbangan berkenaan diberikan kepada waris mangsa kategori B40 sebagai kos pengurusan jenazah bermula 15 Ogos ini.”

CARA MOHON

Keluarga golongan B40 yang memerlukan bantuan ini hanya perlu:

  • Mengisi borang yang disediakan
  • Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti surat kematian, kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan

Bayaran yang akan dibuat itu terus kepada pengendali dan pihak yang menguruskan jenazah di Unit Forensik Hospital dan keluarga atau waris perlu mengisi borang yang disediakan.

Bayaran pengurusan jenazah B40 ini adalah melalui peruntukan khas Kerajaan Negeri.

Kerajaan menyediakan dari RM200,000-RM300,000 bagi tujuan berkenaan dan peruntukan akan ditambah sekiranya tidak mencukupi.

KENYATAAN MEDIA

KENAIKAN ELAUN IMAM/BILAL

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Kelantan turut memaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan elaun imam tua dan imam muda sebanyak RM150.

Manakala elaun bilal dinaikkan sebanyak RM50 yang keseluruhannya membabitkan 587 buah Masjid Mukim di seluruh Kelantan.

Baca juga: [Lanjutan] Skim Bantuan Khas Zakat Covid-19 (SBKZC19) Pelbagai Kategori. Mohon Secara Online Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari laman web rasmi Kerajaan Kelantan dipautan berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...