Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29. Rujuk & Buat Persediaan Anda!

Siapa disini ada membuat permohonan sebagai Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29?

Jika ada, anda boleh membuat persediaan dengan mengumpulkan maklumat berkaitan soalan yang mungkin akan ditanya semasa temuduga nanti.

Apakah soalan-soalan yang biasa ditanya oleh penel temuduga kepada calon temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 ini?

INFO RINGKAS PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

  • Nama jawatan: Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29
  • Gaji minimum: RM1,549 
  • Gaji maksimum: RM5,701
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab ke atas:

  1. Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan
  2. Permohonan Pelan Susun Atur
  3. Permohonan Kelulusan Landskap
  4. Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan

Menyelaras pengeluaran surat sokongan seperti:

  1. Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
  2. Permohonan Ubahsuai Bangunan
  3. Reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran
  4. Ulasan cadangan pencahayaan bangunan
  5. Ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA

Nak tahu contoh soalan temuduga yang sering disoal ketika temuduga Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29?

Ini soalan yang dikongsikan berdasarkan pengalaman calon yang pernah mengikuti temuduga sebelum ini.

  • Perkenalkan diri anda.
  • Banyak tak buat persiapan temuduga untuk jawatan ini? Boleh jelaskan apa yang awak baca?
  • Terangkan mengenai Green Building kepada saya.
  • Adakah anda mahir menggunakan software Auto Cad?
  • Boleh tak guna software pired semasa waktu bekerja?
  • Boleh tak kerja jauh dari ahli keluarga anda?
  • Ceritakan mengenai Latihan Industri anda. Apa yang anda lakukan dan apakah sumbangan anda pada syarikat tersebut?
  • Apa yang anda tahu tentang JKR? Terangkan. (Jika jabatan yang anda hadir temuduga adalah jawatan yang lain, panel juga akan bertanyakan soalan yang sama)
  • Bagaimana anda nak tahu projek apa yang JKR sedang jalankan dinegeri ini?
  • Apakah perbezaan papan tanda JKR dengan papan tanda yang lain?
  • Adakah Penolong Pegawai Seni Bina pergi melawat site? Apa yang anda lakukan sekiranya berada di site?
  • Apakah kelebihan yang ada pada anda dan tidak ada pada calon yang membolehkan pihak JKR ambil awak bekerja bersama kami berbanding calon yang lain?

Sebagai calon, anda perlu membanyakkan bacaan anda sebagai salah satu persediaan sebelum anda hadir temuduga.

Ambil tahu mengenai syarikat, jabatan atau kementerian yang anda terlibat kerana ahli panel pasti bertanyakan soalan ini kepada mana-mana calon yang hadir temuduga.

Baca juga: Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

JANGAN JAWAB TAK TAHU

Calon juga diingatkan agar tidak menjawab TAK TAHU sekiranya diajukan dengan soalan yang agak mencabar untuk dijawab.

Markah anda akan ditolak sekiranya anda menjawab TAK TAHU kerana pelbagai anggapan panel terhadap anda jika TAK TAHU adalah jawapan anda.

Untuk elakkan daripada sebut TAK TAHU, ini tips yang boleh anda amalkan ketika temuduga anda nanti:

1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB

Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:

  • “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”

Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.

2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN

Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.

3. SENTIASA TENANG

Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.

4. TIDAK MENIPU

Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.

5. BETUL ATAU SALAH

Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan beberapa tips berguna yang dikongsikan oleh salah seorang panel temuduga iaitu Tuan Ir.Hj. Zainuddin untuk rujukan anda.

Nak tahu tips tersebut? Klik sini ya!

IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

No photo description available.

No photo description available.

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai pelbagai jawatan kosong terkini, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.