Nak Contoh Soalan Interview Penolong Juruukur Bahan Gred JA29? Ada Disini!

Ramai calon temuduga ingin tahu contoh-contoh soalan yang sering ditanya oleh penemuduga ketika hadir temuduga bagi jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29.

Ini kerana, persediaan yang dibuat dengan baik sangat membantu para calon untuk menjawab soalan dengan yakin dan semestinya menjadi calon favorite panel penemuduga.

Jadi, disini dikongsikan kepada anda semua beberapa contoh soalan yang boleh dijadikan rujukan serta persediaan buat anda sebelum hadir temuduga Penolong Juruukur Bahan Gred JA29.

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Anda boleh dapatkan beberapa info ringkas mengenai jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 seperti yang dikongsikan ini:

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan:Jabatan Kerja Raya/Pelbagai Jabatan/Agensi
  • Gaji minimum: RM1,549
  • Gaji maksimum: RM5,701
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk:

  1. Menyediakan anggaran kos awal
  2. Membuat pengukuran kuantiti (taking off)
  3. Menyediakan dokumen tender dan kontrak
  4. Menyedia perakuan bayaran interim
  5. Menyedia arahan perubahan kerja
  6. Perakuan akaun dan bayaran muktamad
  7. Mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CONTOH SOALAN INTERVIEW PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah berdasarkan perkongsian daripada calon-calon sebelum ini yang pernah hadir ke interview Penolong Juruukur Bahan Gred JA29.

Jadikan sebagai rujukan dan buat persediaan dengan sebaiknya.

Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

  • Ceritakan diri anda, latar belakang dan pengalaman kerja anda.
  • Ceritakan pengalaman anda semasa praktikal
  • Apa yang terdapat dalam Dokumen Tender?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Kuantiti? Apa yang terdapat di dalam Senarai Kuantiti.
  • Siapakah Pengarah KKR, Timbalan KKR, Ketua Jabatan JKR?
  • Berapa gaji permulaan untuk jawatan (JA29) ini. Jika gaji yang diberikan sekarang lebih tinggi dari jawatan ini, kenapakah anda masih mahukan jawatan ini?
  • Kenapa anda hendak kerja dengan kerajaan?
  • Jika di tempatkan di tempat pendalaman. Adakah anda sanggup pergi?
  • Di tempat kerja baru yang anda ditempatkan (area pendalaman), anda di letakkan di bawah Jurutera Awam dan anda hanya seorang JUB saja di sana. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat senarai kuantiti, siapakah anda akan minta tolong?
  • Terangkan 6 asas utama NKRA.
  • Apakah itu performance bond?
  • Apakah fungsi concrete cover?
  •  

    Anda di berikan peluang untuk menanya satu soalan kepada kami.

Berdasarkan soalan-soalan yang dikongsikan ini, anda sudah boleh mendapat sedikit bayangan mengenai soalan yang bakal disoal oleh panel penemuduga.

Buat persediaan anda, banyakkan buat bacaan yang berkaitan dan sila buat kajian mengenai jawatan, jabatan dan kementerian yang terlibat.

Semoga berjaya!

IKLAN JAWATAN

No photo description available.

No photo description available.

Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29. Rujuk & Buat Persediaan Anda!

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai pelbagai jawatan kosong terkini, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.