Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ada Asnaf Sekeliling Anda? Ini 3 Langkah Mudah Lapor Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah

1,446

Lembaga Zakat Negeri Kedah sentiasa prihatin dan peka dengan nasib golongan asnaf yang berada di negeri Kedah terutamanya agar tidak ketinggalan untuk menerima bantuan yang disediakan oleh LZNK.

Oleh hal yang demikian, LZNK sangat memerlukan bantuan orang ramai terutamanya jiran-jiran dan orang kampung yang prihatin untuk menggunakan Aplikasi Zakat On Touch bagi melaporkan keluarga atau individu yang susah dan miskin kepada LZNK.

Bagaimanakah caranya untuk menggunakan Aplikasi Zakat On Touch dengan 3 langkah mudah seperti yang dinyatakan?

APA ITU APLIKASI ZAKAT ON TOUCH?

Aplikasi Zakat On Touch memudahkan pihak pengurusan dan pembayar zakat memantau serta menyemak kutipan juga agihan zakat menggunakan telefon pintar. Ini meningkatkan ketelusan dan kecekapan pusat zakat itu sendiri.

Aplikasi ini membolehkan pembayar zakat melihat sendiri ke mana wang zakat mereka diagihkan dan ini memberi keyakinan kepada mereka untuk terus membayar zakat.

Pembayar zakat juga boleh melihat inventori bank makanan (food bank) di masjid seluruh Kedah bagi dibekalkan kepada asnaf fakir dan miskin.

Ada Asnaf Sekeliling Anda? Ini 3 Langkah Mudah Lapor Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah

CARA MEMBUAT LAPORAN ASNAF

Sebelum anda membuat laporan asnaf di kawasan anda, pastikan muat turun aplikasi Zakat On Touch terlebih dahulu:

Seterusnya:

  • Pilih menu aplikasi.
  • Klik JOM LAPOR ASNAF.
  • Lengkapkan maklumat asnaf termasuk lokasi GPS dan muat naik gambar berkaitan asnaf tersebut.

SEMAKAN STATUS LAPORAN

Untuk semakan status laporan, anda hanya perlu:

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Klik SEJARAH LAPORAN ASNAF

Ada Asnaf Sekeliling Anda? Ini 3 Langkah Mudah Lapor Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah

Baca juga: Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai cara lapor asnaf di kawasan anda kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...