Lulusan Diploma Politeknik, Jom Upgrade Diri Sambung Sarjana Muda Politeknik Malaysia. Mohon Sini Sebelum 1 Ogos 2021

Pelajar lepasan Diploma Politeknik Malaysia yang ingin upgrade diri dalambidang pendidikan boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan menyambung pengajian ke peringat Sarjana Muda Politeknik Malaysia.

Permohonan adalah secara online yang telah dibuka mulai 8 Jun 2021 dan akan ditutup pada 1 Ogos 2021 nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dan inilah masanya.

Baca juga: Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Tarikh buka dan tutup permohonan Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan : 8 Jun 2021
  • Tarikh Tutup Permohonan : 1 Ogos 2021

7 PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

Terdapat 7 program Sarjana Muda Politeknik yang ditawarkan iaitu:

  1. Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
  3. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian 
  4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian
  6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian
  7. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

SYARAT PERMOHONAN SARJANA MUDA POLITEKNIK

Syarat am permohonan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf

Manakala syarat khas program pula adalah seperti berikut:

  • Lulus pengajian di peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00
  • Mendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

Untuk dapatkan syarat yang lebih lengkap, anda boleh terus ke pautan yang disediakan ini:

Lulusan Diploma Politeknik, Jom Upgrade Diri Sambung Sarjana Muda Politeknik Malaysia. Mohon Sini Sebelum 1 Ogos 2021

Baca juga: Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Bermula 15 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Sarjana Muda Politeknik Malaysia sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar Sarjana Muda Politeknik Malaysia di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.