Laptop Percuma Untuk Pelajar Universiti Melalui Program Laptop4Siswa

Akibat pandemik Covid-19 yang semakin meruncing, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat kenyataan akhbar untuk menangguhkan pendaftaran kemasukan ke IPT secara bersemuka / fizikal dan pelajar digalakkan untuk belajar secara online di rumah masing-masing sehingga 31 Disember 2020.

Jika pelajar yang berkemampuan itu bukan masalah buat mereka, bagaimana pula bagi pelajar yang berkemampuan?

SYARAT KELAYAKAN LAPTOP4SISWA

Kempen ini sebenarnya memfokuskan kepada pelajar universiti yang kurang berkemampuan daripada golongan B40 dan syarat kelayakan yang dikenakan ialah :

  • Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
  • Memiliki kad identiti pelajar yang sah.
  • Memiliki surat tawaran belajar universiti.
  • Slip gaji ibu bapa (WAJIB). * Bertujuan untuk mengelakkan kes penipuan
  • Pelajar dari kategori B40.
  • Pelajar yang tidak berkemampuan membeli laptop.
  • Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas secara online.
Nota : Sekiranya permohonan berjaya, laptop akan dihantar melalui pos dan nombor tracking akan dihantar untuk pengesahan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP4SISWA

Untuk memohon bantuan Laptop4Siswa, anda hanya klik di pautan berikut :

PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP4SISWA

GALAKAN MENDERMA

Jika anda berminat untuk menderma laptop untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan, anda boleh mengubungi ADUN Bukit Gasing di :

Atau hubungi StandUp Malaysia di :

Laptop Percuma Untuk Pelajar Universiti Melalui Program Laptop4Siswa

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.