Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Beli Laptop Second Tapi Tak Nak Kena Tipu. Ini Ciri-Ciri Laptop Second Atau Recond

1,472

Semua golongan termasuk pelajar sekolah rendah perlu mempunyai gajet atau laptop untuk meneruskan pengajian atau pekerjaan di rumah.

Duit tak cukup nak beli laptop baru?

Boleh je beli laptop second atau recond. Tetapi anda perlu pastikan agar tidak ditpu dan akhirnya mengalami kerugian setelah menyimpan duit untuk membeli laptop.

PEMBELIAN LAPTOP PADA MASA KINI

Pada masa kini tidak kira laptop itu second, recond atau baharu. Yang penting disini setiap golongan pasti setiap rumah punyai laptop seorang satu untuk kegunaan masing-masing.

Tidak kira kategori bajet anda, pilihan laptop di dalam pasaran adalah terlampau banyak. Laptop terbaik tidak ada kerana terdapat pelbagai jenis pengguna yang lain kerenahnya.

Bagi yang mampu, boleh beli laptop baharu. Yang kurang mampu, boleh beli laptop second atau recond yang sesuai dengan bajet anda.

CIRI-CIRI LAPTOP SECOND

Antara ciri-cari laptop second yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:

  • Kualiti kerangka laptop berkurang(calar, patah, kemik dan sebagainya).
  • Tahun pengeluaran CPU, GPU, laptop terlalu lama daripada tahun pembelian laptop.Sebagai contoh, 3 tahun ke atas. Boleh check tahun keluar bila di laman web rasmi pengeluar.
  • Tidak datang sekali dengan kotak laptop kerana selalunya laptop second datang dengan pengecas dan laptop itu sahaja.
  • Harga yang ditawarkan sangat murah dengan spec yang tinggi seperti core i5, i7 besertakan GPU nvidia tapi dengan harga RM1500 kebawah.
  • Warranty yang ditawarkan kurang daripada setahun.

Best laptops 2021 | Laptop Mag

KELEBIHAN BELI LAPTOP SECOND

Antara kelebihan sekiranya anda membeli laptop second ialah:

  • Alat ganti senang diperolehi
  • Alat ganti yang agak murah
  • Lebih murah berbanding laptop baharu
  • Tak perlu nak download software kerana sudah tersedia ada

Jadi, miliki laptop yang anda perlukan mengikut bajet anda. yang second tidak semestinya tidak bagus. Cuma anda perlu pandai mencarinya sahaja.

MYBAIKHATI PEMERKASA

Program MyBAIKHATI yang telah bermula pada 18 Mac 2021 merupakan kempen crowdsourcing untuk mengumpul dan membaik pulih alat peranti terpakai bagi kegunaan anak-anak keluarga kumpulan B40.

MyBAIKHATI melibatkan enam syarikat telekomunikasi iaitu:

  1. Celcom Axiata Berhad
  2. Digi Telecommunications Sdn. Bhd.
  3. Maxis Berhad
  4. U Mobile Sdn. Bhd.
  5. Telekom Malaysia Berhad
  6. TIME dotCom Berhad.

May be an image of text that says '#MyBaikHati Program Pengumpulan Sumber Awam (Crowdsourcing) Peranti Komunikasi PEMERKASA Memperkasa Ekonomi #MYBAIKHATI MCMC PUSAT INTERNET KOMUNITI Di manakah peranti tersebut akan diedarkan? Peranti-peranti yang dikumpul melalui kempen MyBakHati akan diedarkan di Pusat Internet Komuniti (PK) terpilih di seluruh negara. Selain itu, juga akan diedarkan melalui NGO dan melalui pusat servis telekomunikasi yang terpilih. JnMultimedaMalaysia MCMC_RASMI SKMM MCMCTV'

Mana nak dapatkan laptop serta gajet terpakai ini?

Anda boleh dapatkan di Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih di seluruh negara.

Atau dapatkan info selanjutnya di:

Semoga urusan anda dipermudahkan dan tips yang dikongsikan ini memberi manfaat buat anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...