Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapatkan 16 Contoh Soalan Temuduga TSOI Laskar Kelas II Maritim Gred T1 Untuk Ulangkaji Disini

1,977

Calon temuduga bagi jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 yang ingin membuat ulangkaji serta ingin dapatkan gambaran temuduga boleh mendapatkan contoh soalan temuduga untuk rujukan anda.

Sekurang-kurangnya contoh soalan temuduga ini dapat membantu anda untuk membuat persiapan sebelum temuduga dan meningkatkan keyakinan semasa temuduga nanti.

Apakah 16 contoh soalan temuduga jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 yang dikongsikan oleh calon sebelum ini?

INFO RINGKAS LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1

Calon diingatkan untuk mengambil tahu beberapa info berkaitan jawatan yang anda pohon kerana soalan yang ditanya oleh penemuduga adalah berkisar dengan jawatan yang anda pohon.

Apakah info mengenai jawatan yang perlu calon ambil tahu? Semak disini:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Penguatkuasaan Maritim
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,441.00
  • Gaji Maksimum: RM4,152.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM105.00

DESKRIPSI TUGAS LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1

Pastikan anda tahu deskripsi tugas sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 dan sila hafal sebelum temuduga anda.

Deskripsi tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1 ialah:

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
  • Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

16 CONTOH SOALAN TEMUDUGA LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1

Nak tahu 16 contoh soalan bagi temuduga Laskar Kelas II Maritim Gred T1?

Ini 15 contoh soalan untuk anda dan buat ulangkaji dengan lebih awal.

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas serta nyatakan kemahiran anda yang kami belum tahu.
  2. Terangkan kepada kami apa itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  3. Awak boleh berenang tak?
  4. Apakah peranan utama APMM?
  5. Apakah kawasan perairan yang berada di bawah pengawasan APMM?
  6. Di manakah Wilayah APMM berada di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak?
  7. Apakah Piagam Pelanggan bagi APMM?
  8. Ada berapa jenis kapal yang dimiliki oleh agensi ini?
  9. Apakah sistem pangkat yang dipakai oleh APMM?
  10. Mengapakah APMM ditubuhkan?
  11. Adakah Pengurusan APMM Mengambil Bekas Tentera Laut
  12. Secara Lantikan Kontrak Sekarang?
  13. Apakah Jawatan yang ditawarkan dalam Maritim Malaysia dan tangga gaji yang ditawarkan?
  14. Apakah peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia?
  15. Apakah Strategi Maritim Malaysia untuk mencapai Visi APPM iaitu menjadi Agensi Maritim Terbaik Di Dunia?
  16. Di manakah Kawasan Pentadbiran dan Tanggungjawab Maritim Malaysia?
Nota: Banyakkan buka laman web APMM. Baca pasal pangkat-pangkat, nama orang penting agensi, fungsi, misi dan lain-lain. PALING PENTING kena tahu pasal skop APMM dan Akta-akta yang mana dibawah bidang kuasa APMM.

TIPS TEMUDUGA ONLINE YANG BERKESAN

Nak tips interview online secara berkesan? Semak sini:

  • Pastikan capaian internet stabil dan data mencukupi.
  • Buat beberapa kali percubaan dengan rakan atau ahli keluarga.
  • Pastikan platform apa. Cth Google meet, Hangout dan lain-lain. Belajar sedikit berkenaan platform tersebut.
  • Kenalpasti kelemahan capaian internet bagi memastikan persekitaran adalah teraputik. (Pencahayaan, serapan bunyi yang kurang memuaskan perlu dielakkan).
  • Sediakan meja dan kerusi dan alat tulis bersesuaian. Jika diperlukan semasa temuduga. Latar belakang biarlah sedap mata memandang (dinding kosong adalah lebih baik).
  • Sediakan resume terkini.
  • Sediakan tripod / sandarkan telefon bimbit pada sesuatu dan tinggikan kedudukan telefon agar bersesuaian. Nampak muka separa dada. Jika aplikasi dibolehkan menggunakan laptop/pc adalah lebih baik.
  • Pakailah pakaian yang kemas dan rasmi (‘full set’ kemeja, seluar slack, bertali leher, tali pinggang/baju kurung lengkap dan bertudung bagi islam/dandan rambut agar kemas).
  • Jika ada tanda nama digalakkan pakai.
  • Penggunaan warna lembut. Elakkan pakaian berwarna terang / ‘colour block /shocking neon colour’).Sebaiknya tidak lebih 3 warna.
  • Elakkan pakaian fesyen / corak melampau. (peplum, kebaya, jubah/berlabuci corak kerawang melampau).
  • Bagi perempuan penggunaan alat solek yang minima
  • Buat sedikit ‘homework’ berkenaan kerjaya yang akan ditemuduga.
  • Senyum sentiasa.
  • Berikan jawapan dengan jujur.
  • ‘Eye contact’ (lihat camera sentiasa)
  • Pergerakan tangan secara minima.
  • Buat dorangan minima semasa panel bercakap untuk menunjukkan anda fokus kepada panel
  • Ucapkan terima kasih terhadap panel kalau tahu nama dan dan gelaran lebih baik.
  • Tutup aplikasi dengan tenang jangan menampakan reaksi yang tidak bersesuaian sehingga anda pasti talian ditamatkan.

No photo description available.

Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...