Bagi anda golongan wanita yang ingin mempunyai teman sepanjang mendapatkan vaksin, ini adalah peluang baik untuk anda kerana MAKCIK TRAVELS boleh menemani anda.
Malahan, perkhidmatan Makcik Travels ini bukan sahaja sekadar menemani anda sahaja. Mereka juga boleh menemani nenek, kakak, emak serta adik anda untuk ke mana-mana sahaja lokasi yang terpilih. Asalkan anda adalah WANITA atau PEREMPUAN.
Apakah kriteria yang perlu dipenuhi untuk membuat tempahan Makcik Travels ini? Semak disini ya!
TAWARAN PERKHIDMATAN MAKCIK TRAVELS
Isi Kandungan
Makcik Travels menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
- Memandu dan menemani golongan berkeperluan mendapatkan vaksin
- Membeli barang keperluan
- Pemandu peribadi untuk melancong
- Meneman anda di rumah
- Meneman anda untuk rawatan perubatan
- Membawa anda ke pejabat dan anak-anak ke sekolah
- Ambil dan hantar anda ke destinasi pilihan
SYARAT & PROTOKOL SEPANJANG PKP 3.0
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Makcik Travels untuk sepanjang PKP 3.0 agak terhad dan syarat serta protokol yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan sekitar 10km dari lokasi pelanggan sahaja (kecuali untuk vaksinasi).
- Tempat tinggal AdiNita harus berdekatan dengan pelanggan (kurang 10 km) dan tidak melalui roadblock.
- Tempahan awal sahaja (sehari sebelum pergerakan 8 pagi – 5 petang)
- Limit pembelian barang adalah 15 item atau kurang sahaja.
- Hanya membawa seorang pelanggan pada satu-satu masa.
- Pelanggan yang ingin ke Pusat Pengambilan Vaksin perlu hantar pengesahan MySejahtera kepada AdiNita dan AdiNita akan menggunakan pengesahan tersebut sebagai justifikasi menjalankan job.
- AdiNita wajib pakai double masking bila membawa pelanggan (dua surgical mask atau 1 surgical mask + 1 cloth mask)
CARA MEMBUAT TEMPAHAN
Anda boleh membuat tempahan melalui laman web Makcik Travels di:
Atau terus Whatsapp mereka di talian berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.