Ibu bapa pasti khuatir apabila melihat anak-anak mereka terutamanya yang masih kanak-kanak melekat dengan telefon bimbit sepanjang masa. Ini kerana mereka bimbang kanak-kanak tersebut bermain dengan aplikasi yang didominasi oleh orang dewasa dan mungkin aplikasi tersebut tidak sesuai dengan kanak-kanak untuk menggunakannya.
Aplikasi Messenger Kids
Isi Kandungan
Untuk mengatasi kebimbangan ibu bapa tersebut, Facebook telah melancarkan satu aplikasi permesejan khusus untuk kanak-kanak. Aplikasi yang bernama Messenger Kids ini membolehkan mereka untuk berhubung dengan rakan-rakan secara maya dengan pemantauan ibu bapa.
Aplikasi ini adalah satu akses dimana kanak-kanak menggunakan Messenger Kids untuk berhubung antara satu sama lain.
Muat Turun Aplikasi
Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di Goole Play Store atau App Store seperti berikut :
- Android : Messenger Kids
- iOS : Massenger Kids
Setelah muat turun aplikasi ini, anda perlu :
- Sahkan peranti anak anda dengan memasukkan nama username dan kata laluan akaun Facebook milik ibu atau bapa
- Cipta akaun Messenger anak anda. Akaun ini akan dihubung terus ke akaun Facebook anda.
- Ibu bapa boleh memberi akses untuk sebarang ciri yang terdapat dalam aplikasi ini.
- Ibu bapa juga boleh menambah kontak rakan-rakan atau keluarga. Caranya, buka akaun Facebook (milik ibu bapa), klik more (palang tiga) di panel menu bahagian atas dan pilih Messenger Kids.
Selepas akaun dicipta, kanak-kanak boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk bermesej atau membuat panggilan atau sidang video dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Ciri Menarik Dalam Messeger Kids
Terdapat beberapa ciri menarik di dalam Messenger Kids ini iaitu :
- Koleksi Gif, sticker topeng, frame, emoji dan efek bunyi yang bersesuaian dengan kanak-kanak
- Kanak-kanak juga boleh menghantar gambar, video dan mesej semasa membuat panggilan video kepada kenalan yang telah dimasukkan oleh ibu bapa
- Fungsi melukis untuk kanak-kanak mengekspresi kreativiti mereka semasa melakukan panggilan video atau bermesej.
Segala maklumat ketika pendaftaran aplikasi ini tidak akan diberikan kepada pihak ketiga.
Walaupun kegunaan teknologi kini semakin meluas, namun kanak-kanak yang menggunakan sebarang aplikasi perlu dipantau oleh ibu bapa dan dihadkan penggunaannya.
Semoga bermanfaat buat anda.
Sumber :
- Messenger Kids
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.