Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Makin Mahal Atau Makin Murah?Ini Perubahan Harga Minyak Masak Selama Sepanjang 5 Tahun Yang Anda Perlu Tahu

2,260

Isu minyak masak sentiasa menjadi perbincangan yang panas kerana ianya mempengaruhi harga makanan yang telah siap dimasak dan sudah pastinya harga makanan akan dinaikkan jika harga minyak masak dinaikkan.

Malahan, pada awal Jun baru-baru ini dikatakan bekalan minyak masak subsidi telah habis seterusnya mencetuskan kebimbangan orang ramai terutamya peniaga makanan.

Malahan rak-rak yang menempatkan minyak masak subsidi di beberapa kedai runcit dan pasar raya di beberapa negeri telah kosong kerana terpaksa mengehadkan jualan minyak masak dalam peket 1kg. Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum itu, jom kita lihat perbandingan harga minyak bagi 1kg dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2017 sehingga 2021.

PERBANDINGAN HARGA MINYAK MASAK 1KG (PEKET)

Anda boleh membuat perbandingan harga minyak masak 1kg terutamanya kerana ia menjadi pilihan pengguna bermula dari tahun 2017 sehingga 2021 iaitu harga terkini melalui jadual dibawah:

TAHUN HARGA/KG
2017 RM2.50
2018 RM2.50
2019 RM2.50
2020 RM2.50
2021 RM2.50

Untuk pengetahuan anda, selama 5 tahun ini juga harga minyak masak tiada perubahan dan ia merupakan antara barang yang mendapat subsidi oleh kerajaan.

Jadi, ia mendapat permintaan yang tinggi namun stok bekalan mulai berkurangan dan menyebabkan penjual di kedai runcit dan di pasaraya terpakasa mengehadkan penjualannya ketika ini.

HARGA MINYAK MASAK 5KG CECAH SEHINGGA RM33

Berikutan kenaikan harga minyak sawit di pasaran tempatan dan antarabangsa, ia menyebabkan harga minyak masak 5kg mencecah sehingga RM33 sebotol.

Berikut adalah perbandingan harga yang perlu anda tahu:

  • Harga minyak masak 2kg naik kepada antara RM12 hingga RM12.50 berbanding antara RM9 hingga RM10 sebelum ini
  • Harga minyak masak 5kg naik kepada antara RM33 hingga RM33.50 berbanding antara RM24.50 hingga RM27.50 sebelum ini.

KAWALAN HARGA MINYAK MASAK KPDNHEP

Untuk makluman anda, Kerajaan hanya mengawal harga minyak masak paket 1kg, tetapi tidak berbuat demikian pada minyak masak botol.

Harga minyak masak botol 2kg hingga 5kg bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah dunia dan kos lain yang menyumbang kepada penentuan harga runcit seperti kos operasi, bahan mentah dan pembungkusan.

KPDNHEP mengambil maklum perkara ini dan sudah mengeluarkan notis bagi mendapatkan maklumat mengenai kenaikan harga yang mengejutkan ini.

Tindakan proaktif dilaksanakan bagi memastikan hak pengguna dijaga seperti merekodkan harga minyak masak botol secara harian.

Makin Mahal Atau Makin Murah?Ini Perubahan Harga Minyak Masak Selama Sepanjang 5 Tahun Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Ini Harga Semasa Gas Memasak 2021 Yang Telah Ditetapkan Oleh KPDNHEP

JANGAN BUAT PEMBELIAN PANIK MINYAK MASAK

Pengguna juga diingatkan untuk tidak membuat pembelian panik minyak masak kerana bekalan minyak masih mencukupi walaupun terdapat sebilangan pasaraya telah kosong rak bahagian minyak masak mereka.

Malahan, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini harga minyak masak dengan menggunakan PRICE CATCHER untuk membuat perbandingan sebelum memmbuat pembelian.

Rujuk cara menggunakan Price Catcher disini:

Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

Ingin tahu harga terkini minyak masa?

Sabar, kerana dalam masa terdekat Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan berita gembira mengenai harga minyak masak tidak bersubsidi di pasaran susulan perbincangan bersama KPPK dan Kementerian Kewangan.

Baca juga: Senarai Nombor Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Aduan Untuk Aktiviti Perniagaan Tak Beretika

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...