Berikutan tragedi banjir yang melanda negara, Perdana Menteri telah mengumumkan akan memberikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan banjir.
Siapakah yang layak mohon untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir ini? Dan, bagaimanakah cara untuk membuat permohonan BWI banjir ini?
Dapatkan syarat permohonan dan cara mohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir disini.
BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000
Isi Kandungan
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mangsa atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas serta terkesan ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan menerima bantuan sebanyak:
- RM1,000 (Berpindah/Tidak Berpindah semasa bencana)
- RM10,000 (Kematian akibat bencana)
Terkini, bantuan untuk mangsa banjir yang kematian ahli keluarga dinaikkan sehingga RM10,000 daripada RM5,000.
Rujuk: Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) Naik RM1,000
KLASIFIKASI MANGSA TERJEJAS BENCANA
Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah:
- Apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No.20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.
SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON BWI BENCANA BANJIR?
Mereka yang layak membuat permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir ialah:
- Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja
- Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
- Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak utuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah/keluarga
- Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan.
- Sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua,ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.
CARA MOHON BWI BENCANA BANJIR
Bagaimanakah caranya untuk mohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir?
Cara-cara untuk mohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir ialah:
- Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
- Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
- Bagi yang tidak berpindah ke PPS, anda perlu memohon kepada Ketua Komuniti/Pegawai Daerah masing-masing.
- Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selalu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon seperti berikut:
- Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS perlu mendaftar dengan ketua masyarakat
NOMBOR TELEFON PEJABAT DAERAH
Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah berikut untuk mendapatkan pengesahan dan sebagainya berkaitan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir seperti berikut:
INFO BERKAITAN
Untuk maklumat seterusnya, anda boleh rujuk pada info yang dikongsikan Malaysia Government Call Centre berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.