Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

Selain daripada bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP dan pandemik Covid-19, kerajaan juga telah memutuskan untuk memberikan moratorium selama 6 bulan kepada pelanggan.

Moratorium selama enam bulan ini akan diberikan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro untuk pinjaman bank bagi semua golongan B40, M40 dan T20.

Apa yang menariknya disini, moratorium selama 6 bulan ini boleh dibuat permohonannya mulai 7 Julai 2021.

Baca juga: RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

GOLONGAN SASARAN MORATORIUM 6 BULAN

Golongan sasaran moratorium 6 bulan ini adalah untuk:

  • Semua peminjam inidividu
  • Peminjam usahawan mikro (PKS)
  • Semua golongan B40, M40 dan T20

TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK TANPA SYARAT

Mereka yang terjejas boleh membuat permohonan moratorium secara automatik dan tanpa syarat mulai:

  • 7 Julai 2021

PERMOHONAN TANPA SYARAT

Selepas ini moratorium automatik ini akan diberikan kepada semua peminjam dan tiada lagi syarat seperti:

  • Pengurangan pendapatan
  • Semakan kehilangan pekerjaan
  • Dokumentasi perlu dikemukakan

Sebaliknya, pemohon hanya perlu:

  • Memohon
  • Menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman berkaitan.
Nota: Kelulusan akan diberikan secara automatik setelah pemohon membuat permohonan dan menandatangani penjanjian pindaan syarat pinjaman.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, kemudahan moratorium adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Kerajaan dengan kerjasama Bank Negara dan pihak bank melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman, menerusi pengumuman PEMERKASA Tambahan sebelum ini secara bersasar.

Setakat ini, katanya, lebih 250,000 peminjam yang layak mendapat kelulusan secara automatik, namun hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini.

Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

Baca juga: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.