Bank Rakyat Beri Tawaran 6 Bulan Moratorium Kepada Mangsa Banjir. Pohon Moratorium Disini

Kebanyakan bank-bank di Malaysia memberikan pelbagai kemudahan serta kelonggaran kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di seluruh Malaysia.

Malahan, agensi kerajaan yang lain seperti JPJ serta Kementerian Dalam Negeri serta SSM turun menyediakan perkhidmatan gantian dokumen secara percuma kepada mangsa-mangsa banjir ini untuk meneruskan kehidupan masing-masing iaitu gantian Lesen Memandu, Roadtax, Kad Pengenalan, Pasport dan Sijil Pemilikan Perniagaan.

Bank Rakyat pula telah mengumumkan untuk memberikan 6 bulan moratorium kepada mangsa banjjir yang terlibat dan anda boleh membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini. Mudah sahaja!

TUJUAN MORATORIUM

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk:

  • Mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama berdepan pula dengan kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19.
  • Membantu melegakan mereka yang bimbangkan komitmen kewangan ketika waktu yang mencabar ini.

TEMPOH MORATORIUM

Seperti yang dimaklumkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), moratorium yang akan diberikan kepada pelanggan-pelanggan mereka dan merupakan mangsa banjir adalah selama:

  • 6 bulan 

JENIS-JENIS PEMBIAYAAN DIBENARKAN MORATORIUM

Jenis-jenis pembiayaan atau produk yang dibenarkan untuk permohonan moratorium ialah:

  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Sewa Beli Kenderaan-i
  • Pembiayaan Pendidikan-i
  • Pembiayaan Mikro-i
  • Penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i

CARA MOHON BANTUAN MORATORIUM BANJIR

Pelanggan Bank Rakyat dan Perusahaan Mikro boleh membuat permohonan moratorium seperti berikut:

Berikan maklumat berikut:

  1. Nama penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Alamat terjejas
  4. Nombor telefon bimbit untuk dihubungi
  5. Jenis pembiayaan
  6. Salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan

Kemudian, semua maklumat tersebut perlu dihantar ke alamat emel berikut:

Nota: Pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh terus menghubungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SME & Cooperatives (SMEC) Business Centre) bagi mendapatkan bantuan.
Bank Rakyat Beri Tawaran 6 Bulan Moratotium Kepada Mangsa Banjir. Pohon Moratotium Disini

LHDN juga telah mengumumkan penangguhan bayaran balik cukai kepada pembayar cukai dan majikan yang terjejas banjir.

Semak disini cara mohon penangguhan bayaran cukai seperti yang telah ditetapkan oleh LHDN.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Bagi pelanggan-pelanggan Bank Rakyat yang inginkan maklumat lanjut mengenai moratorium 6 bulan bagi mangsa banjir, sila hubungi Pusat Panggilan di saluran berikut:

  • 1300 800 800
  • www.bankrakyat.com.my
  • Facebook Bank Rakyat
  • Mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah berdekatan

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.