MySJ Trace Kesan Kontak Rapat & Tiada Lagi Check Out Pada MySejahtera

Untuk memudahkan pengguna aplikasi MySejahtera yang selalu terlupa tekan butang check out selepas hadir ke sesebuah premis, Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa tiada lagi butang tersebut pada MySejahtera.

Habis tu macam mana nak check out dari sesebuag premis setelah setesai membuat urusan?

Ia digantikan dengan ciri baharu yang dikenali sebagai MySJ Trace dan anda semua tak perlu lagi risau kalau terlupa nak klik check out selepas ini ya!

APA ITU MYSJ TRACE?

MySJ Trace merupakan satu ciri baharu yang ada pada aplikasi MySejahtera dengan tujuan berikut:

  • Membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

BAGAIMANAKAH MYSJ TRACE BERFUNGSI?

Untuk pengetahuan anda semua, MySJ Trace berfungsi seperti berikut:

  • Menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

MySJ Trace akan memberikan maklumat secara live bilangan interaksi dengan pengguna lain yang juga aktifkan MySJ Trace.

Anda boleh rujuk pada gambarajah di bawah untuk ketahui cara MySJ Trace berfungsi.

MySJ Trace Kesan Kontak Rapat & Tiada Lagi Check Out Pada MySejahtera

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan.”

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga, ciri baharu ini juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

Selain itu, MySJ Trace ini sangat digalakkan untuk digunakan apabila anda ke tempat awam setting indoor. Lihat contoh seperti berikut:

MySJ Trace Kesan Kontak Rapat & Tiada Lagi Check Out Pada MySejahtera

Dah check aplikasi MySejahtera anda belum? Jangan lupa update tau!

Bagi anda yang ingin dapatkan booster (dos penggalak) pula, ini cara yang betul untuk dapatkan booster tersebut.

Phone problem pula sampai tak boleh nak check in MySejahtera? Dapatkan sahaja handphone dengan harga yang berpatutan dan berharga bawah RM500 disini ya!

  1. Oppo A92: https://shp.ee/yivezcd
  2. Samsung A51: https://shp.ee/fhht7ud
  3. Vivo V15: https://shp.ee/mqgktgd
  4. Oppo Reno 4: https://shp.ee/4y23p6d
  5. Vivo Y50: https://shp.ee/4xjm3ud
  6. Vivo M11 Mini: https://shp.ee/xxpf5xd
  7. Huawei P30 Pro Plus: https://shp.ee/j5t7tmd
  8. i12pro: https://shp.ee/uv445pd

Selepas ini tak ada lagi dah phone problem kalau nak check in MySejahtera. Jangan lupa hebahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda mengenai MySJ Trace kerana ia sangat mudah untuk digunakan ya!

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.