Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kempen Servis Prihatin MODENAS: Tawaran Diskaun, Pemeriksaan, Cuci & Upah Kerja Percuma Buat Mangsa Banjir

707

Pelanggan Proton terjejas akibat banjir yang melanda akan mendapat diskaun untuk membaik pulih  kenderaan masing-masing termasuk menanggung caj tunda dan Caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin kereta.

Bagi mangsa banjir yang mengalami kerosakan peralatan komputer pula, pihak ACER juga menawarkan perkhidmatan servis secara percuma, diskaun pembelian komputer baharu dan bagi peralatan komputer bukan jenama ACER akan dikenakan sedikit caj perkhidmatan.

Motorsikal anda keluaran MODENAS? Jika ya, anda boleh dapatkan diskaun dan servis percuma buat mangsa banjir yang terjejas untuk pembaikan motosikal jenama MODENAS.

GOLONGAN SASARAN

MODENAS menyasarkan kepada semua pemilik motorsikal MODENAS yang:

  • Mengalami kerosakan akibat banjir besar di negeri Selangor dan Pahang

TARIKH AKHIR PERKHIDMATAN

Kempen Servis Prihatin MODENAS telah bermula pada 22 Disember 2021 dan akan berakhir pada:

  • 31 Disember 2021

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen Servis Prihatin ialah:

  • Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)
  • Pemeriksaan Percuma
  • Pembersihan motosikal percuma
  • Diskaun sehingga 25% untuk alat ganti
  • Diskaun sehingga 15% untuk alat ganti skuter
  • Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk pembaikan yang melibatkan overhaul.

Kempen Servis Prihatin MODENAS: Tawaran Diskaun, Pemeriksaan, Cuci & Upah Kerja Percuma Buat Mangsa Banjir

PUSAT SERVIS TERPILIH

Antara pusat servis yang terpilih dalam Kempen Servis Prihatin MODENAS adalah seperti berikut:

  • PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)
    Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
    Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
    Nombor telefon: 04-4668160

     

  • PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)
    Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
    Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
    Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
    Nombor telefon: 09-5123380/04-4668199

Kempen Servis Prihatin MODENAS: Tawaran Diskaun, Pemeriksaan, Cuci & Upah Kerja Percuma Buat Mangsa Banjir

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kempen Servis Prihatin MODENAS, sila hubungi Pusat Servis MODENAS yang sah atau menghubungi Talian Careline MODENAS disaluran berikut:

  • 1-800-880-181
  • 019-570 8135 (Whatsapp)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...