Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Laptop, PC Keluaran Acer Rosak Terkena Banjir? Baiki Secara Percuma & Diskaun 20% Beli Baru

1,387

Bukan sekadar kereta, rumah, motorsikal, lori dan peralatan elektronik di rumah seperti televisyen, peti ais, mesin basuh, radio dan blender sahaja yang rosak akibat banjir, malahan komputer atau laptop juga tidak terkecuali.

Sekiranya laptop atau PC anda rosak akibat banjir, anda tak perlu risau lagi kerana Acer telah umumkan bahawa peralatan komputer anda akan dibaiki secara percuma sahaja!

Tetapi ia mestilah mengikut syarat dan masa yang telah ditetapka. Komputer bukan jenama Acer, boleh dibaiki juga ke? Lihat jawapannya disini nanti ya!

TARIKH PERKHIDMATAN BAIK PULIH PRODUK ACER PERCUMA

Pemilik produk Acer boleh menghantar komputer anda kepada Acer untuk dapatkan perkhidmatan baik pulih secara percuma akibat banjir mulai:

  • Sekarang sehingga 31 Mac 2022

CARA BAIK PULIH LAPTOP ACER SECARA PERCUMA

Untuk mendapatkan proses baik pulih peralatan komputer anda secara percuma, anda perlu:

  • Membawa laptop atau PC ke pusat jualan/servis Acer terdekat dengan anda

Walaupun produk Acer yang ada pada anda telah tamat warranty, anda masih lagi boleh menghantarnya untuk dibaik pulih secara percuma!

BUKAN PRODUK ACER

Bagaimana pula dengan laptop atau komputer yang bukan merupakan produk Acer?

Ya! Anda boleh menghantar laptop atau komputer yang bukan merupakan produk Acer ke pusat jualan/servis untuk dibaik pulih tetapi:

  • Dikenakan sedikit bayaran (mungkin caj perkhidmatan)

TAWARAN DISKAUN

Apa yang berlaku sekiranya peralatan komputer tersebut tidak dapat dibaiki atau rosak sepenuhnya serta susah untuk dibaiki?

Sekiranya peralatan komputer tersebut tidak dapat dibaiki atau rosak sepenuhnya serta susah untuk dibaiki, Acer ada:

  • Menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi pembelian mana-mana komputer atau komputer riba menerusi e-Store Acer.

Laptop, PC Keluaran Acer Rosak Terkena Banjir? Percuma Untuk Dibaiki & Diskaun 20% Beli Baru

PILIH LAPTOP ACER DI SHOPEE

Anda juga boleh membuat pembelian laptop baru terus di Store Acer Shopee melalui pautan berikut https://shp.ee/6tuez95

BANTUAN-BANTUAN BAIK PULIH & CLAIM INSURANS

Anda juga boleh dapatkan senarai-senarai bantuan, baik pulih dan claim akibat bencana banjir disini:

MAKLUMAT LANJUT & PERKHIDMATAN

Sebarang pertanyaan mengenai baik pulih peralatan komputer jenama Acer, anda boleh hubungi Acer Malaysia disaluran berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...