Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Isu RFID, Siapa Cakap TnG & SmartTag Tak Berguna Lagi? Ini Penjelasan PLUS!

1,621

Kecoh di media massa mengenai penggunaan RFID di semua Tol Plus mulai 15 Januari 2022 nanti.

Sehingga ada yang mengatakan selepas ini lorong TnG dan SmartTag tidak berguna lagi atau tidak relevan lagi selepas 15 Januari 2022 ini.

Tetapi berlainan pula dengan pernyataan daripada pihak PLUS. Apa pun, penjelasan daripada PLUS ini sedikit sebanyak mampu melegakan hati seluruh rakyat Malaysia.

TARIKH PELAKSANAAN RFID SEPENUHNYA

Mengikut PLUS Berhad, RFID akan dilaksanakan sepenuhnya di semua plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan laluan Skudai-Juru mulai:

  • 15 Januari 2022

Isu RFID, Siapa Cakap TnG & SmartTag Tak Berguna Lagi? Ini Penjelasan PLUS!

JAWAPAN PLUS MENGENAI ISU RFID

Pihak PLUS dalam satu kenyataan mengesahkan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih ditawarkan kepada semua pengguna jalan raya walaupun selepas 15 Januari ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail mengesahkan perkara itu di mana RFID hanya akan menjadi pilihan tambahan kepada pengguna.

Isu RFID, Siapa Cakap TnG & SmartTag Tak Berguna Lagi? Ini Penjelasan PLUS!

TAG PELEKAT RFID

PLUS bagaimanapun menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem transaksi RFID kerana ia lebih pantas dan akan memudahkan perjalanan di plaza tol.

Tag pelekat RFID boleh diperoleh di 39 pusat pemasangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pengguna juga boleh mendapatkan tag Touch ‘n Go RFID secara atas talian menerusi Touch ‘n Go eWallet atau portal Touch ‘n Go untuk memasangnya sendiri.

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

Rujuk: 6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai TAG RFID sila dapatkan dipautan berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...