Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu kewajiban bagi setiap umat Islam. Ibadah ini merupakan salah satu ibadah yang tergolong dalam Rukun Islam. Jadi setiap umat Islam yang tiada keuzuran wajib menunaikannya.
Ibadah ini wajib dilakukan pada sepanjang bulan Ramadhan di mana setiap umat Islam wajib menahan diri daripada makan dan minum atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Berpuasa dapat menyedarkan kita betapa susahnya hidup saudara seagama dengan kita yang diuji dengan ujian kemiskinan sehingga terpaksa berlapar setiap masa. Puasa juga dapat mendidik diri untuk mensyukuri segala nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan.
MAKSUD PUASA
Isi Kandungan
Berpuasa dari konteks bahasa bermaksud menahan diri. Bagi konteks istilah syarak pula berpuasa membawa maksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta dengan niat.
DALIL DIWAJIBKAN BERPUASA DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS
Berpuasa pada bulan Ramadhan diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Berikut merupakan dalil diwajibkan ibadah ini ke atas umat Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 mafhumnya:
Daripada Ibnu Umar R.A. dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
BACAAN NIAT DAN LAFAZ NIAT PUASA
- Niat dan lafaz niat harian
Rumi: Nawaitu Sauma Ghadin ‘An Ada-i’ Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
- Niat dan lafaz niat untuk sebulan
Rumi: Nawaitu Sauma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
AMALAN SUNNAH BULAN RAMADHAN
Berikut merupakan amalan-amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh kita amalkan pada bulan Ramadhan. Antaranya:
- Membaca Al-Quran
- Berzikir
- Gandakan sedekah
- Melewatkan Sahur dan mempercepatkan berbuka
- Berbuka dengan manisan atau kurma serta kismis.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga Ramadhan yang akan menjelma tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya buat kita semua.