Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

TABIKA & TASKA JKM (KEMAS) Seluruh Malaysia Mula Beroperasi 1 Mac 2021

1,569

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa murid-murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara akan mula bersekolah secara bersemuka pada 1 Mac 2021 manakala murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam akan mula bersekolah sedikit lewat 1 minggu iaitu pada 8 Mac 2021 nanti.

Rujuk: Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

Pembukaan Taska dan Tabika KEMAS adalah selaras dengan pengumuman pengoperasian semula institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Teruskan bacaan anda dan dapatkan maklumat seterusnya melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS TABIKA KEMAS

Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting untuk pembangunan sesebuah negara, untuk meneruskan generasi yang berpendidikan dan berpotensi untuk membangunkan Negara. Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui KEMAS adalah sebuah institut pendidikan yang memberikan pendidikan yang terawal kepada anak-anak kecil.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 hingga 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 hingga 6 Tahun

TARIKH TASKA & TABIKA BEROPERASI

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyatakan tarikh operasi taska dan Tabika adalah pada:

  • 1 Mac 2021
  • Termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor

TABIKA & TASKA JKM (KEMAS) Seluruh Malaysia Mula Beroperasi 1 Mac 2021

PEMBUKAAN TASKA & TABIKA MENGIKUT SOP

Pembukaan operasi Tabika dan Taska adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemas berharap ibu bapa tidak khuatir untuk menghantar anak-anak mereka kerana 10,517 pendidik masyarakat Tabika dan 1,790 pendidik masyarakat Taska Kemas telah diberi panduan berkaitan pematuhan SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini,”

Baca juga: Cara Daftar Anak-Anak Ke TABIKA KEMAS Sesi 2022 Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembukaan TASKA & TABIKA KEMAS sila dapatkan di saluran berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...