Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

OPS Lampu Merah PDRM Sehingga 31 Disember. Hati-Hati & Jangan Langgar Lampu Merah

946
“Nak cepat sampai kerana ada hal penting perlu diuruskan”

Ingat, ini bukanlah alasan yang kukuh untuk anda melanggar undang-undang terutamanya lampu merah di jalanraya.

Nampak seperti kecil dan perkara mudah, tetapi perbuatan ini boleh mengakibatkan kemalangan serta boleh menyebabkan orang lain kehilangan nyawa serta kematian.

Sehubungan itu, PDRM telah melancarkan OPS Lampu Merah bermula 15 Disember lalu sehingga 31 Disember ini di seluruh negara dan sudah ramai dikenakan saman melanggar lampu isyarat merah.

TARIKH OPS LAMPU MERAH BEROPERASI

Tarikh OPS Lampu Merah beroperasi adalah:

  • 15 Disember sehingga 31 Disember 2020

KENYATAAN MEDIA OPS LAMPU MERAH

Anda juga boleh dapatkan maklumat yang berkaitan melalui kenyataan media OPS Lampu Merah disini.

OPS Lampu Merah Sehingga 31 Disember. Hati-Hati & Jangan Langgar Lampu Merah

OPS Lampu Merah Sehingga 31 Disember. Hati-Hati & Jangan Langgar Lampu Merah

TUJUAN OPS LAMPU MERAH DIJALANKAN

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, operasi tersebut dilakukan bagi:

  • Mengesan mereka yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah terutama dalam kalangan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan / barangan (P-hailing) serta pemandu kenderaan yang lain.
  • Operasi itu juga bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi lampu isyarat.

JSPT memandang serius sikap dan trend pemanduan ini yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan serta menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Statistik penguatkuasaan ke atas kesalahan melibatkan langgar lampu isyarat merah pada tahun lalu merekodkan 69,267 saman dengan pecahan motosikal (32,657), kereta (29,873), lori (2,808) dan lain-lain kenderaan (3,929). Manakala dari bulan Januari hingga November 2020 pula merekodkan sebanyak 52,170 saman dengan pecahan motosikal (26,764), kereta (20,751), lori (2,208) dan lain-lain kenderaan (2,447).

SAMAN MAKSIMUM RM2,000

Untuk pengetahuan anda, saman yang akan dikenakan adalah sehingga maksimum RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan mengikut kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Oleh itu, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan  Trafik (JSPT) mengingatkan semua penggunaan kenderaan supaya berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas untuk keselamatan bersama.

Sekiranya didapati bersalah, tindakan yang diambil ialah saman serta merta atau butiran kenderaan akan direkodkan bagi tindakan susulan saman.

 

Jadi, berhati-hati dan patuhi undang-undang jalan raya sekiranya anda tidak mahu dikenakan saman dan dapatkan jadual lengkap tarikh bayaran pencen bagi tahun 2021 disini sahaja.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...