Apakah pengalaman anda dengan sistem Tol baharu RFID yang dilaksanakan secara besar-besaran pada 15 Januari 2022 yang lalu?
Katanya banyak masalah yang timbul dan masalah yang sering dibangkitkan adalah tol tidak dapat detect RFID yang dipasang oleh pengguna.
Tetapi, bagi seorang pengguna ini, beliau memasang RFID dengan cara yang tersendiri dan palang dapat dibuka dengan lebih awal tanpa sebarang masalah.
JAWAPAN PLUS MENGENAI MASALAH RFID
Isi Kandungan
PLUS turut menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan sudah mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas itu.
PLUS juga menggandakan pasukan untuk membantu pelanggan di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
Pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.
Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
CARA BERIKAN MAKLUMBALAS MASALAH RFID
Sekiranya pengguna RFID masih lagi mempunyai masalah, anda boleh sahaja memberikan maklumbalas di talian berikut:
- PLUSLine 1800-88-0000
- Chatbot PLUS, P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS
CARA PASANG RFID DITEMPAT BETUL
Menurut Solihin Razali, pengguna perlu memasang RFID dengan betul dengan hadir ke mana-mana tempat pemasangan kerana sudah pasti ianya dipasang dengan betul oleh pekerja tol seterusnya diuji menggunakan pengimbas RFID manual.
Bagaimanakah RFID tersebut dipasang dengan betul sehinggakan palang dibuka dengan awal? Ikuti perkongsian beliau disini:
- Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)
- Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)
Akhir sekali, ia dipasang seperti berikut:
- Dipasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai arah.
Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling best adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!
Solihin Razali
LOKASI PEMASANGAN RFID
Untuk maklumat terperinci mengenai lokasi pemasangan tag Touch ‘n Go RFID, pelanggan lebuh raya boleh melayari portal Touch ‘n Go di http://www.touchngo.com.my atau memuat turun e-buku RFID di laman web rasmi PLUS, www.plus.com.my a dan platfom media sosial termasuk @PLUSTrafik Twitter, Facebook PLUS Malaysia serta Aplikasi PLUS
Bagi anda yang nak pasang dan daftar secara online, boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
Selain daripada itu, ikuti apa yang disarankan PLUS mengenai RFID dan jangan buat apa yang dilarang ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.