Bimbang dengan penularan Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil inisiatif agar semua penuntut IPT menerima suntikan vaksin sebelum hadir ke IPT masing-masing.
Oleh itu, pelajar IPT telah diberi kelonggaran untuk menerima vaksin secara walkin di PPV terbuka dengan membawa kad pengenalan dan kad matrik sahaja,.
Teruskan bacaan anda dan dapatkan info berkaitan vaksin secara walk-in melalui perkongsian ini.
TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR IPT
Isi Kandungan
Tujuan utama untuk pelaksanaan Program Vaksinasi Pelajar IPT adalah:
- Membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus kelak.
Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini
JUMLAH PELAJAR BELUM VAKSIN
Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), jumlah pelajar yang belum menerima vaksin adalah seramai:
- Lebih 200,000 orang
SYARAT VAKSIN PELAJAR IPT SECARA WALK IN
Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) para pelajar boleh hadir ke PPV terbuka secara walkin dengan syarat seperti berikut:
- Bawa bersama kad pengenalan dan tunjukkan kepada petugas
- Menunjukkan kad matrik sah sahaja
Manakala bagi pelajar baharu yang belum menerima kad matrik boleh mengemukakan dokumen berikut sebagai pengesahan:
- Surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan
TIADA REKOS PENDAFTARAN VAKSINASI
Untuk pengetahuan anda juga, dianggarkan lebih 700,000 pelajar menuntut di semua IPT awam manakala lebih 600,000 di IPT swasta seluruh negara yang berusia antara 18 tahun sehingga 24 tahun.
CITF sudah menerima rekod dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap vaksin.
Seperti yang dimaklumkan oleh CITF, mereka mendapati lebih 195,000 atau 37.5 peratus pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.
Angka ini menunjukkan bahawa jumlah pelajar IPT yang tidak mendaftar lebih tinggi daripada pelajar IPT swasta.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.