Penangguhan Urusan Temuduga, Ujian Pemeriksaan Fizikal & Berkaitan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Segala urusan temuduga dan berkaitan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditangguhkan bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadi, sekiranya anda semua telah menerima emel untuk panggilan temuduga, abaikan emel tersebut dan akur dengan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak SPA.

Jangan risau kerana sebarang urusan temuduga dan lain-lain urusan berkaitan SPA akan dimaklumkan semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan pandemik yang berlaku dari semasa ke semasa seperti mana yang telah berlaku sebelum ini.

Rujuk: Status Temu Duga Serta Pelbagai Ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sepanjang PKP

CARA LOGIN MASUK KE SPA9

Apakah cara-cara yang betul untuk login masuk ke SPA9? Lihat cara-cara yang dikongsikan ini untuk login masuk ke sistem SPA9.

Status Temu Duga Serta Pelbagai Ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sepanjang PKP

  • Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan pada bahagian jawatan, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan untuk dipohon.
  • Pendaftaran dan permohonan anda telah siap.

Info lengkap pendaftaran SPA9, sila klik: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

URUSAN SPA YANG DITANGGUHKAN

Urusan SPA yang ditangguhkan adalah:

  • Temuduga
  • Ujian Bakat
  • Ujian Kompentensi Pemanduan dan Ujian Pemeriksaan Fizikal
  • Pancaindera dan Kecergasan

Semua urusan yang ditangguhkan adalah yang dijadualkan pada:

  • 23 Mei hingga 8 Jun 2021 disemua negeri.

PEPERIKSAAN SPA

Namun SPA telah memaklumkan bahawa segala urusan peperiksaan secara atas talian sepanjang tempoh ini akan dilaksanakan mengikut yang telah dijadualkan.

TARIKH BARU URUSAN SPA

Untuk makluman anda juga, segala penjadualan semula tarikh temuduga dan urusan-urusan yang lain akan dimaklumkan melalui emel calon.

Selain dari itu, calon boleh membuat semakan urusan melalui Portal Rasmi SPA dan Facebook SPA.

HEBAHAN SPA MENGENAI PENANGGUHAN URUSAN TEMUDUGA

Penangguhan Urusan Temuduga, Ujian Pemeriksaan Fizikal & Berkaitan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPA9, sila layari laman web SPA9 di :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.