Pengambilan Pelajar Baru ILP Kuantan Sesi 2/2021. Mohon Disini

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan melalui Jabatan Tenaga Manusia membuat pengambilan pelajar baru bagi Sesi 2/2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.

Anda akan mendapat pelbagai jenis manfaat dan faedah sekiranya membuat pendaftaran untuk menyertai Jabatan Tenaga Manusia untuk mengikuti pengajian di ILP, Kuantan.

Dapatkan cara membuat pendaftaran di ILP untuk ambilan pelajar baru bagi Sesi 2/2021 seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

TARIKH PERMOHONAN PELAJAR BARU ILP KUANTAN SECARA ONLINE

Permohonan pelajar baru ILP Kuantan secara online bermula:

  • 22 Februari 2021 hingga 26 April 2021

Kemasukan adalah pada bulan Julai 2021.

KEMUDAHAN SAMBUNG PENGAJIAN DI ILP

Antara kemudahan yang diperolehi ketika menyambung pengajian di ILP ialah:

Program Sijil

  • Yuran pengajian*
  • Penginapan*
  • Makan dan minum*
  • Elaun bulanan RM100

Nota:* Percuma diberikan kepada pelajar

Program Diploma

  • Kemudahan Pinajaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Yuran pengajian*
  • Penginapan*
  • Makan dan minum*
  • Elaun bulanan RM300

Nota:* Percuma diberikan kepada pelajar OKU sahaja

SYARAT KEMASUKAN

Semak syarat kemasukan ke ILP Kuantan sebelum anda membuat permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur antara 18 hingga 35 tahun
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Mempunyai sijil berhenti sekolah

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Antara subjek yang ditawarkan mengikut jabatan ialah:

Jabatan Mekanikal & Pengeluaran

  • Sijil Teknologi Kimpalan
  • Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas)
  • Sijil Penyenggaraan Mekanikal

Jabatan Rekabentuk & Pembuatan

  • Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
  • Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
  • Sijil Teknologi CADD Senibina

Jabatan Elektrik & Elektronik

  • Sijil Teknologi Elektrik (PW4)
  • Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
  • Sijil Teknologi Mekatronik

Pengambilan Pelajar Baru ILP Kuantan Sesi 2/2021. Mohon Disini

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila klik:

Pengambilan Pelajar Baru ILP Kuantan Sesi 2/2021. Mohon Disini

  • Pilih sama ada LEPASAN SPM atau LEPASAN SKM/ST.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan SETERUSNYA.
  • Isi semua maklumat permohonan. Ruangan bertanda (*) WAJIB diisi
  • Klik DISAHKAN BENAR dan klik HANTAR PERMOHONAN untuk lengkapkan permohonan.
  • Klik OK untuk selesaikan permohonan.
  • Pastikan permohonan anda telah diterima oleh sistem

Pengambilan Pelajar Baru ILP Kuantan Sesi 2/2021. Mohon Disini

  • Kemaskini permohonan dan hantar permohonan anda.

Baca juga: Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021) MARA

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran pengambilan pelajar baru ILP secara online, sila hubungi Jabatan Tenaga Manusia di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.