Peminjam PTPTN & Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Boleh Mohon Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tau! Ini Caranya
Peminjam PTPTN dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh membuat permohonan pengecualian bayaran balik ya!
Bagi anda yang belum tahu, anda boleh dapatkan info yang lengkap mengenai permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama seperti yang dikongsikan disini.
Teruskan bacaan anda dan dapatkan syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang telah ditetapkan.
TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN
Isi Kandungan
Anda perlu membuat permohonan pengecualian secara online di Portal PTPTN selewat-lewatnya dalam temph:
- 12 bulan dariapda tarikh konvokesyen
SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain
- Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
CARA MOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Untuk membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
Langkah 1
- Layari laman web rasmi PTPTN di pautan www.ptptn.gov.my dan klik pada Bayaran Balik.
Langkah 2
- klik pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama
Langkah 3
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman.
Langkah 4
- Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat ibu bapa dan lain-lain maklumat.
Langkah 5
- Muat naik dokumen sokongan anda seperti yang diminta.
INFOGRAFIK PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan berikut:
Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
- Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.
- Slip Gaji Terkini.
- Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
- Penyata Cukai Taksiran Terkini.
- Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
- Penyata Pencen.
- Penyata Pencen Penakat (PERKESO).
- Sijil Kematian.
- Sijil Cerai.
- Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).
- Surat Akuan Sumpah (Penjaga).
*(Mana-mana yang berkaitan)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.