Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lesen Memandu & Roadtax Tamat Tempoh? Pengecualian Renew Bermula 1 April Hingga 31 Mei Ini

966

Kementerian Pengangkutan Malaysia sekali lagi melanjutkan pengecualian renew lesen memandu dan lesen kenderaan atau roadtax kepada rakyat Malaysia bagi tempoh yang telah dipersetujui.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang mana lesen memandu dan roadtax yang telah tamat tempoh dikecualikan untuk memperbaharuai dokumen tersebut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sehingga 31 Mac 2021.

Rujuk: Roadtax & Lesen Memandu Diberi Pengecualian Pembaharuan Bemula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Bagi anda yang ingin renew juga lesen memandu dan roadtax, lakukan secara online sahaja seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU & ROADTAX

  • 1 April hingga 31 Mei 2021

TEMPOH PERBAHARUAI LESEN MEMANDU & ROADTAX

Anda juga diingatkan untuk memperbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan anda seprti berikut:

  • Lesen memandu dan roadtax telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021, ia perlulah diperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.
  • Lesen memandu dan roadtax yang tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 pula hendaklah memperbaharuinya dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.
  • Namun lesen memandu dan roadtax yang tamat tempoh bagi Pengecualian Pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) ia perlu diperbaharui dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021.
Nota: Sekiranya gagal memperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan, ia akan menjadi satu kesalahan dan tindakan yang berkaitan boleh dikenakan.
Lesen Memandu & Roadtax Tamat Tempoh? Pengecualian Renew Bermula 1 April Hingga 31 Mei Ini

TUJUAN PENGECUALIAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU & ROADTAX KENDERAAN

Tujuan pengecualian pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan sepanjang PKP 2.0 ialah:

  • Memastikan orang ramai mematuhi prosedur SOP
  • Elakkan kesesakan urusan di kaunter
  • Mengelakkan penulaan wabak Covid-19
  • Perkhidmatan operasi di kaunter telah dihadkan

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Lesen Memandu & Roadtax Tamat Tempoh? Pengecualian Renew Bermula 1 April Hingga 31 Mei Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Kementerian Pengangkutan Malaysia di:

  • Telefon: 03-8000 8000/03-8888 0158
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...