Walaupun anda semua sudah boleh merentas negeri, pelbagai cara tetap dilakukan agar wabak Covid-19 tidak kembali mengganas seperti dahulu.
Kita semua tetap perlu ikuti SOP yang telah ditetapkan dan perlu menjaga kesihatan masing-masing walaupun sudah boleh pulang ke kampung dan melancong dengan ahli keluarga.
Bagi seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam, beri kerjasama setiap kali diminta syarikat pengangkutan awam untuk menunjukkan status vaksinasi anda!
PENGANGKUTAN AWAM TERLIBAT
Isi Kandungan
Antara pengangkutan awam yang terlibat untuk membuat pemeriksaan status vaksinasi ialah:
- Bas ekspres
- Keretapi/Komuter/LRT/MRT/ERL
- Teksi/E-hailing
- Penerbangan
- Feri/kapal
SIAPA TERLIBAT?
Mereka yang terlibat dengan pemeriksaan status vaksinasi oleh syarikat pengangkutan awam ialah:
- Penumpang yang membuat pergerakan merentas negeri menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, syarikat pengangkutan awam juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti:
- Memakai pelitup muka
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
- Menggunakan sanitasi tangan
TIPS TAK NAK SIJIL VAKSINASI MYSEJAHTERA DISALAHGUNA ORANG LAIN
Bagaimana nak lindungi data peribadi sijil vaksinasi MySejahtera ada?
Ini 4 tips yang boleh anda amalkan dan sangat membantu sijil vaksinasi MySejahtera anda daripada disalahgunakan oleh orang lain.
Tips tersebut ialah:
1. JANGAN KONGSI
- Ingat selalu, jangan berkongsi sijil vaksinasi anda dengan orang lain.
- Jangan benarkan orang lain menggunakan sijil vaksinasi anda untuk apa sahaja tujuan.
2. JANGAN SHARE DALAM MEDIA SOSAL
- Jangan seronok sangat share sijil vaksinasi anda dalam Facebook, Instagram, Twitter dan media sosial yang ada.
- Kalau nak share juga dengan tujuan tutorial, anda boleh padam atau lindungi data-data penting yang ada dalam sijil vaksinasi yang ingin anda share dalam media sosial.
3. SIMPAN
- Bagi anda yang membuat cetakan sijil vaksinasi, sila simpan ditempat yang betul dan jangan hilangkan sijil tersebut.
- Siasat dahulu sekiranya terdapat aplikasi yang meminta untuk mengakses sijil vaksinasi anda.
4. HAPUS
- Jika ingin hapuskan sijil vaksinasi yang telah anda cetak, pastikan ia dihapuskan dengan sempurna.
- Anda boleh menggunakan kaedah berikut untuk menghapuskan sijil vaksinasi yang telah dicetak:
a) Dikoyak kecil
b) Dirincih
c) Dibakar
Baca juga: Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara
Nampak macam tak ada apa-apa kan? Tetapi jika tidak diuruskan dengan betul, data anda pun tidak selamat.
Bagi penumpang pengangkutan awam pula, ikuti arahan yang ditetapkan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.