Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini Harga Maksimum Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 Mengikut Harga Borong & Harga Runcit

1,237

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan bahawa harga Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 telah pun ditetapkan mengikut harga borong dan harga runcit.

Jadi, selepas ini tiada lagi peniaga yang meletakkan harga dengan begitu tinggi seperti mana yang telah berlaku sekarang.

Malah, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menjual Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 melebihi harga yang ditetapkan.

HARGA KIT UJIAN PANTAS ANTIGEN COVID-19

Berapakah harga yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP untuk Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 ini?

Semak sini:

  • Harga Borong: RM16.00 
  • Harga Runcit: RM19.90

TARIKH KUATKUASA HARGA KIT UJIAN PANTAS ANTIGEN COVID-19

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tarikh kuatkuasa untuk Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 akan bermula pada:

  • 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

TINDAKAN PENIAGA GAGAL PATUH PERATURAN

KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Denda yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  • Individu: Denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
  • Syarikat: Denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Baca juga: Selepas Ini Dah Boleh Uji & Kesan Status Covid-19 Sendiri Di Rumah. Ini 2 Kit Ujian Kendiri Covid-19

KENYATAAN MEDIA

Image

Image

Image

Image

SUMBER

 

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...