Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Itu Endemik, Epidemik & Pandemik? Mana Tahu Ia Disoal Ketika Temuduga Nanti

2,367

Pelbagai istilah baru yang sering kedengaran ketika ini dan sudah pastinya istilah-istilah ini mempunyai maksudnya yang anda semua perlu tahu.

Tetapi sudahkah anda tahu dengan istilah-istilah ini?

Jika anda belum tahu, sila dapatkan maksudnya kerana kemungkinan besar istilah ini akan disoal oleh penemuduga semasa temuduga nanti.

Baca juga: Kit Ujian Kendiri Covid-19 & Ketahui Tips Selamat Guna Kit Ujian Kendiri Yang Dikongsikan KKM Ini

MAKSUD ENDEMIK,EPIDEMIK & PANDEMIK

Apa itu endemik, epidemik dan pandemik?

Untuk pengetahuan anda juga, epidemik, endemik dan pandemik merupakan terma dalam penularan wabak yang membawa maksud yang berbeza.

Perbezaan endemik, epidemik dan pandemik. -KKM

Endemik

  • Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.
  • Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.
  • Perkara ini juga membawa makna kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat tertentu.
  • Penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.

Epidemik

  • Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama.
  • Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti.
  • Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini.
  • Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.

Pandemik

  • Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
  • Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
  • Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dalam masa singkat.
  • Selain itu, kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan
    menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal, wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.
  • Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.
  • Selain itu, krisis Koronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh negara ketika ini juga telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO.

Baca juga: Ini Harga Maksimum Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 Mengikut Harga Borong & Harga Runcit

May be a cartoon of text

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...