Graduan Menganggur Dipelawa Untuk Mohon Perak Employability Training Scheme (PERINTIS). Elaun RM800 Selama 3 Bulan

Pelbagai peluang pekerjaan beserta inisiatif disediakan kepada penganggur untuk mempunyai pekerjaan seterusnya membina masa hadapan yang lebih baik.

Begitu juga dengan kerajaan negeri Perak yang menyediakan peluang pekerjaan serta ruang kerjaya kepada belia di negeri tersebut melalui Perak Employability Training Scheme (PERINTIS).

Jangan tunggu lagi dan jangan terlepas peluang kerana pelbagai kelebihan menarik sedang menanti anda.

APA ITU PERAK EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME (PERINTIS)?

Perak Employability Training Scheme (PERINTIS) adalah satu inisiatif percuma dibawah Kerajaan Negeri Perak yang diwujudkan untuk mengurangkan kadar pengangguran kalangan belia di negeri Perak.

Melalui Perak Employability Training Scheme (PERINTIS), pelbagai peluang dan ruang kerjaya disediakan kepada peserta setelah mengikuti program ini.

Pelbagai kelebihan akan dinikmati oleh peserta yang mengikuti Perak Employability Training Scheme (PERINTIS).

Baca juga: Pengusaha SPA & Pusat Urutan Kaki Cepat Mohon RM1,000 Bantuan Khas Secara One-Off

JUMLAH ELAUN

Peserta akan diberikan elaun sara diri selama 3 bulan sebanyak:

  • RM800 sebulan

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PERAK EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME (PERINTIS)

Graduan yang berminat boleh semak dahulu syarat kelayakan untuk mengikuti Program Perak Employability Training Scheme (PERINTIS) seperti berikut:

  • Graduan lepasan Sijil Kemahiran/Diploma/Ijazah
  • Keutamaan diberikan kepada graduan menganggur lebih 6 bulan dan tamat belajar bermula 2019.
  • Warganegara Malaysia yang merupakan kelahiran atau bermaustatin di negeri Perak.

MANFAAT/KELEBIHAN PROGRAM

Antara manfaat atau kelebihan bagi peserta yang mengikuti program ini ialah:

  • Tambah nilai kebolehpasaran graduan
  • Membuka peluang pekerjaan kepada peserta program
  • Meningkatkan softskills graduan melalui latihan yang disediakan sepanjang program
  • Peserta yang tamat latihan akan diberikan sijil penyertaan

PENDAFTARAN PROGRAM PERAK EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME (PERINTIS)

Jangan terlepas peluang ini dan buat pendaftaran secara online melalui pautan berikut:

Graduan Menganggur Dipelawa Untuk Mohon Perak Employability Training Scheme (PERINTIS). Elaun RM800 Selama 3 Bulan

  • Isikan maklumat dengan betul dan tepat pada setiap borang pendaftaran.
  • Klik SUBMIT untuk hantar permohonan anda.

Atau imbas kod QR pada poster dibawah untuk pendaftaran anda.

May be an image of 4 people and text that says 'PASAK Hesl HeslecH ន SATU INISIATIF PERCUMA BAWAH KERAJAAN NEGERI PERAK อ PERAK EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME PERINTIS PELUANG RUANG KERJAYA UNTUK ANDA ON JOB TRAINING & SOFT SKILLS TRAINING SELAMA 3 BULAN SYARAT KELAYAKAN LEPASAN SIJIL KEMAHIRAN/ DIPLOMA IJAZAH KELEBIHAN TAMBAH NILAI KEBOLEHPASARAN GRADUAN KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA GRADUAN MENGANGGUR LEBIH ΕΝΑΜ BULAN DAN TAMAT BELAJAR BERMULA 2019 BERUMUR 20-28 TAHUN PELUANG PEKERJAAN PRESTASI PESERTA) PERAK) TERBUKA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERMASTAUTIN DI NEGERI ELAUN SARA DIRI RM 800 DISEDIAKAN MENINGKATKAN SOFT SKILLS GRADUAN LATIHAN https//www.perakpasak.org usat Aspirasi Anak Perak- PASAK 05.318.3290 05.318.9022 @perakpasak perakpasak Talent Perak IMBAS OD UNTUK MENDAFTAR'

Baca juga: [Update]Permohonan Pembiayaan Perniagaan RM3,000 TUNS Batch 2. Semak Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Perak Employability Training Scheme (PERINTIS) sila hubungi PASAK Perak di:

  • 05-318 3290 / 05-318 9022
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.