Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlis Benar Berniaga Tepi Rumah dan Jalan Ketika Ramadan. Ini Apa Orang Perlis Perlu Buat

1,349

Kebenaran Berniaga Di Rumah Dan Bahu Jalan

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi.

Namun begitu, selaras dengan penguatkuasaan PKP, peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.

mb perlis

Cadangan Peraturan Yang Perlu Diikuti

Seperti sedia maklum, penguatkuasaan PKP masih lagi dijalankan diseluruh negara. Jadi peniaga dan pelanggan seharusnya akur dengan perintah larangan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Berikut beberapa cadangan yang boleh diikuti oleh peniaga dan pelanggan negeri Perlis sepanjang berurusan.

  • Menjaga jarak sosial antara satu sama lain.
  • Pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu.
  • Memakai topeng muka.
  • Peniaga meletakkan hand sanitizer di sudut masuk dan keluar gerai.
  • Pelanggan mesti mencuci tangan dengan hand sanitizer.
  • Membuat checkpoint jenis makanan (seperti Pasar Tani Taman Sena).
  • Tapak jualan mestilah sesuai walaupun beroperasi di rumah atau bahu jalan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
  • 5 – 10 orang sahaja bagi setiap gerai.
  • Membeli mengikut waktu yang dibenarkan (bermula jam 4-6).
  • Tidak berkumpul ramai di setiap gerai makanan..
  • Gerai mestilah dalam keadaan bersih sebelum dan selepas jualan.
  • Peniaga mencipta Group Bazar Online untuk penghantaran, senang untuk pelanggan memilih jenis makan, membayar dan menerima makanan.
  • Digalakkan pembelian secara online (tempah, bayar, ambil atau dihantar menggunakan runner).

Rakyat negeri Perlis perlu memberi kerjasama dengan mengikuti SOP serta larangan yang telah diumumkan oleh kerajaan jika mahukan bazar di rumah dan bahu jalan beroperasi sehingga habis Ramadan.

bahu jalan

E-Bazar Langkah Terbaik

Namun begitu, bagi mengelakkan wabak ini terus menular, cadangan E-Bazar merupakan langkah yang terbaik supaya rakyat tidak keluar rumah dan berkumpul beramai-ramai di bazar Ramadan.

E- Bazar merupakan langkah terbaik mengelakkan perhimpunan pelanggan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah)

kp kkm

Walau apa cara sekalipun, anda harus menyokong segala usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.

Orang Perlis mendengar cakap, semoga menjadi tauladan untuk orang lain.

Sumber :

  • Berita Harian
  • BERNAMA
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...